.

.

Friday, July 12, 2013

Prestasi Setahun Pemerintahan Mursi yang Tak diketahui Orang Ramai

Presenter terkenal Aljazeera Ahmad Manshur menulis tentang prestasi Mursi yang tidak diketahui masyarakat umum setahun pemerintahannya.

Mursi telah mengeluarkan Mesir dari pergantungan ekonomi pada Amerika dengan kejayaannya dalam program sara diri gandum sampai 70% selepas menghasilkan gandum dengan kualiti baik dan harga yang murah.

Mursi telah mencetuskan projek besar di Terusan Suez untuk memperbaiki kapal-kapal yang masuk Mesir. Hal ini boleh meningkatkan pendapatan Mesir selama sepuluh tahun ke depan dari 3 Milion USD menjadi100 Milion USD pertahun. Hal ini membuat Tel Aviv (Israel) dan Dubai marah.

Mursi membuka zon industri, pertama di bawah naungan Qatar dan zon industri kedua di bawah naunganTurki

Mursi membuka cawangan syarikat Samsung untuk pengeluaran-bukan pemasaran-yang memberikan jaminan lapangan pekerjaan yang selamat untuk rakyat Mesir.

Mursi mengawasi syarikat ipad Mesir dengan keahlian, industri dan spesifikasi Mesir.

Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sampai ke kerusi pemerintahan pada masa Mesir telah mempunyai hutang dalam dan luar negera hingga 1.300.000.000.000 Le (satu trilion, tiga ratus bilion pound) yang tidak ada hubungan sama sekali dengan pemerintahan Mursi.

Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sebelum ia menjabat telah terjadi penyeludupan kekayaan Mesir? Sebahagiannya dicuri dalam jangka antara pemilihan presiden dan sebelum ia benar-benar dilantik menjadi presiden Mesir?

Bagaiamana Mursi boleh memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh kaum liberal selama 60 tahun?

Apa yang kalian inginkan dari Mursi yang telah memberikan kebebasan pada bangsa Mesir pada masa pemerintahannya yang kalian tidak mendapatkan kebebasan itu pada masa pemerintahan liberal yang melakukan kerosakan berjamaah .. Penjara-penjara telah kosong yang sebelumnya diisi oleh tahanan hati nurani, penyiksaan dan kezaliman!

Lalu siapa yang memimpin kempen pemberontakan atasnya?
Siapa yang memimpin gerakan Tamarrud?

El Baradei, yang datang atas nama Amerika ke Iraq lalu menghancurkan Iraq hingga menjadi kerajaan bermazhab.

Amru Musa, Menteri Luar Negera rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad.

Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir

Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasi Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan pentas.

Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor dan korup dan wang-wang hasil jarahan atas rakyat miskin.

Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-campnya.

Washington, yang menghentikan aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi memerintah. menteri luar AS mengatakan bahawa demonstrasi yang meluas jika berhenti Mursi mengembalikan peranan perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi.

Iran, yang pernah dengan tegas Mursi bercakap tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi'ah.

Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme zionis dan gemar sebarkan dusta.

Apa yang terjadi di Mesir adalah usaha Tel Aviv untuk mengembalikan Kaherah ke kem-kem binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. Kerana mereka berjalan untuk membina kekuatan ekonomi secara bebas yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari campur tangan Israel.
 Kredit https://www.facebook.com/Muslimboy.Naz

Wednesday, July 10, 2013

10 Perubahan Drastis 5 Hari Mesir Tanpa Mursi

Gambar: 10 Perubahan Drastis 5 Hari Mesir Tanpa Mursi

Baru lima hari Presiden Muhammad Mursi di rampas kuasa, Mesir telah berubah sedemikian rupa. Sekurang-kurangnya 10 perubahan drastik berlaku di negara seribu menara itu.

1. Penutupan pintu perlintasan Rafah. Akibatnya, umat Islam Gaza kini kembali "terpenjara" di balik sekatan. Pun umat Islam yang ingin membantu saudaranya kini tak boleh masuk Gaza. Bantuan juga tertahan.

2. Rakyat Syria tidak boleh lagi masuk tanpa visa untuk melarikan dari pembunuhan rejim diktator Bashar Asad. Rejim itu justru diakui dan kedutaannya dibuka kembali di Mesir.

3. Penutupan semua saluran media Islam.

4. Darah mengalir di berbagai wilayah di Mesir. Polis dan tentera yang seharusnya melindungi rakyat Mesir kini justru menjadi para pembunuh.

5. Penangkapan terjadi di mana-mana. Bahkan tidak peduli apakah mereka yang ditangkap adalah orang tua, bahkan ulama.

6. Penembakan terhadap jama'ah solat. Di lapangan Pengawal Republik, Kaherah, 53 orang termasuk anak-anak dan bayi syahid saat solat Subuh. Di bandar lain seperti Arish, penembakan terhadap jama'ah solat juga terjadi.

7. Mesir yang mula mendapat kepercayaan dunia Islam kerana mampu menjadi pembela Palestin dan umat Islam di Syria langsung jatuh kedudukannya.

8. Agen-agen Israel dan AS yang sebelumnya mulai tak punya ruang gerak, kini kembali leluasa bermain kuasa di Mesir.

9. Pupusnya masa depan politik Islam Salafi. Parti An Nur yang sebelumnya mendapatkan sokongan umat, langsung Setia dan terhina akibat terlibat mengkhianati pemerintahan Islam dengan menyokong rampasan kuasa tentera.

10. Umat Islam dikhianati bertubi-tubi. Selepas Presiden Mursi dan Ikhwanul Muslimin dikhianati tentera dan An Nur, giliran An Nur yang dikhianati tentera.

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Ikhwanul-Muslimin

Sunday, July 7, 2013

Dugaan seorang wartawan BBC yang masuk Islam

Betapa besarnya ujian seorang wartawan British yang masuk Islam. Keislamannya bukan hanya ditentang oleh keluarga juga sukar untuknya mencari wang untuk sara hidup.

Namanya John Ridley. Da dilahirkan dalam sebuah keluarga Nasrani. Dia rajin ke gereja setiap minggu bersama orang tua dan saudara perempuannya. Namun, semakin bertambah usianya pemikiran John pun semakin kritikal. Banyak soalan dari hatinya mengenai Tuhan dan kebenaran agama yang tidak menemui jawapan tersebut di gereja.

Hingga tibalah saat itu, ketika John mendapatkan kesempatan untuk mengenali Islam. John diterima di BBC Worldwide sebagai wartawan untuk dihantar ke Timur Tengah. Sebelum berangkat ke Timur Tengah, John berkenalan dengan seorang Muslim ketika sedang menjalani latihan broadcasting dan jurnalistik BBC. Dia juga mempelajari Islam sebelum berangkat ke Timur Tengah dan berinteraksi dengan umat Islam di sana.

John ditugaskan di Oman. Di sana dia bebas bercakap dengan umat Islam, membolehkanya dia berbual tentang Islam selain aktif membaca sastera Islam. Hidup John mula berubah, dia sudah menemui jawapan yang dicari selama ini.

"Aku berpelung bertugas di Timur Tengah selama enam bulan. Itu adalah pengembaraan pertama yang menakjubkan yang pernah ada dalam hidupku," kata John Ridley, menceritakan kisahnya menemui hidayah.

Di Timur Tengah itulah, setelah menyedari kebenaran Islam dan menyaksikan secara langsung kehidupan muslim di sana, John mengucap dua kalimah syahadah.

Perjuangan Mempertahankan Islam

Masuk Islam bukanlah perjalanan mudah bagi John Ridley. Ketika pulang semua ke Britain, John mendapati keluarganya menentangnya. John terus mendekati keluarganya, tetapi mereka tetap berkeras. Di negeranya sendiri, John juga mula sukar untuk mendapatkan pendapatan.

Ketika itu barangkali adalah saat-saat yang paling sukar dalam hidup John. Tetapi, Allah tidak membiarkannya sendirian. Allah membukakan jalan kepada John. Sebuah stesen radio Arab Saudi memintanya menjadi seorang wartawan selama pencerobohan AS ke Iraq pada 2003. John menerima tawaran itu. Dia terbang semula ke Timur Tengah.

Mula bertugas di Saudi selepas itu John berpindah ke Malaysia iaitu di KL. Makin bertambahlah pegetahuannya tentang Islam. Lapan bulan kemudian, dia kembali semula ke Timur Tengah. Negara yang telah dia kunjungi dalam 30 tahun terakhir ini iaitu Lebanon, Oman, Yaman, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Iran dan Jordan.

Pengalaman John hidup puluhan tahun di Timur Tengah menjadi kekuatan tersendiri bagi profesionnya sebagai wartawan, penyiar dan penulis. Pengetahuan dan pemahamannya tentang dunia Islam dinilai luar biasa.

Membela Palestin

Menulis menjadi senjata John untuk membela Palestin. Dalam pelbagai tulisannya, John menyeru hak warga Palestin.

"Kemanusiaan, perdamaian, perlindungan anak, diajarkan dalam Islam. Bagaimana saling mengerti antara manusia dan hidup berdampingan. Saya benar-benar beruntung menemukan Islam," ujar John bersyukur.

Namun demikian, pembelaan John untuk Palestin tidak hanya diwujudkan melalui tulisan. Dia juga turun padang menyampaikan pidato di kem-kem pelarian Palestin.

Menulis, bagi John, bukanlah masalah menghasilkan wang. Apalagi menulis untuk membela hak-hak kemanusiaan di Palestin dan dunia Islam. "Kita memang memerlukan wang. Tapi, ada hal yang lebih penting yakni manusia dan kemanusiaan. Saya tidak mau hanya diam, sementara orang-orang di luar sana telantar dan kesusahan. Saya sangat mahu menjadi sebahagian untuk membela mereka," kata John menegaskan misinya .

Diterjemah oleh Detik Islam dari sumber bersamadakwah.com