.
Saturday, November 10, 2012
Permulaan Islam ke Eropah
Benua Afrika, terutama Afrika utara merupakan daerah yang penting dalam kaitannya dengan Andalusia dan juga penyebaran Islam di Eropah. Ia merupakan pintu gerbang utama masuknya Islam ke wilayah yang selama berabad-abad lamanya di bawah kekuasaan Kristian dan menjadi benteng pertahanan Islam untuk ke wilayah Eropah.
Sebelum kedatangan Islam ke Andalusia dikatakan telah berlakunya pergaduhan di antara witiza, raja Visigoth dan Roderick. Roderick adalah seorang raja yang tamak dan sukakan hiburan. Pada suatu ketika pergaduhan pernah berlaku diantara Roderic dan Julian. Ini kerana Roderic telah mencabul anak Gabenor Ceuta iaitu Florinda. Ternyata kerajaan Andalusia sebelum kedatangan Islam telah pun porak-peranda. Kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Andalus amat tidak digemari rakyat-rakyat mereka.
Ekonomi di Andalusia dikuasai oleh golongan-golongan bangsawan mereka dan membentuk system “latifundia”(tuan tanah) menyebabkan penindasan terhadap golongan bawahan. Penindasan terhadap golongan bawahan menyebabkan ramai diantara mereka terpaksa menjadi hamba.
Ini menyebabkan ramai hamba rakyat melarikan diri ke dalam hutan dan menimbulkan kekacauan kerana tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran mereka. Mengakibatkan kelumpuhan ekonomi di Andalusia.
Kedatangan Pasukan tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad adalah jemputan dari Julian bagi menentang kezaliman Raja Roderic.
Para sejarahwan sepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad yang telah memimpin pasukan tentera menyeberangi lautan Gibralta menuju ke semenanjung Iberia itu. Pasukan Islam yang hanya berjumlah 7000 orang itu perlu berdepan dengan tentera Visigoth yang berkekuatan 100,000 tentera lengkap bersenjata. Lalu bagi meningkatkan semangat dikalangan pasukan Islam, dikatakan bahawa Tariq ibn Ziyad mengarahkan agar kapal mereka dibakar, dan beliau berpidato:
“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim yang ada di lingkungan orang-orang hina. Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang-pedang kalian, tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh kalian. Seandainya pada hari-hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang berkesan, nescaya nama baik kalian akan
hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti menjadi berani kepada kalian. Oleh kerana itu, pertahankanlah jiwa kalian.”
Kalimat terkenal ini dikobarkan oleh Tariq bagi menaikkan semangat pasukan tentera Islam dan akhirnya tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalusia setelah tentera Visigoth tidak mampu melawan semangat jihad tentera Islam.
Sumber:
1. http://benharjin.blogspot.com/2010/10/andalusia-sebelum-kedatangan-islam.html
2. karangan: SEJARAH PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUSIA : TELADAN DAN SEMPADAN1 Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor2 (m_roslan@um.edu.my)
Sunday, November 4, 2012
HUKUM JENAYAH ISLAM
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Islam adalah agama yang paling lengkap meliputi soal yang berhubung kait dengan ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Para Fuqaha telah menyusun secara terperinci berdasarkan dalil dan hujjah mengikut 4 bahagian sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.
UNDANG-UNDANG JENAYAH SYAR'IYAH
Undang-undang jenayah syar'iyah atau Kanun Jinayah Syar'iyah ialah undang-undang syarak yang bersabit dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang boleh didakwa di bawah kes jinayah syar'iyah.
PENGERTIAN JENAYAH
Melakukan sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang disuruh olehnya.
PENGERTIAN JENAYAH MENURUT FUQAHA
Jenayah menurut fuqaha ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.
HUKUM-HUKUM JENAYAH ISLAM
Hukum-hukum jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian:
a.
Hukum
Qisas
b.
Hukum
Hudud
c.
Hukum
Ta'zir
PENGERTIAN
QISASQisas dari sudut bahasa bermaksud memotong. Manakala dari sudut syara' ialah hukuman balas bagi kesalahan membunuh dibalas dengan bunuh, menghilangkan salah satu dari anggota orang lain atau melukakannya atau mencederakannya dibalas dengan hukuman mengikut jenis kesalahan yang dilakukannya.
Firman Allah S.W.T:
"Wahai
orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan
yang seimbang) dalam perkara orang mati dibunuh" ( Surah al-Baqarah :178)
"Dan di
dalam hukuman qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang
berakal fikiran supaya kamu bertakwa" ( Surah al-Baqarah:179)
JENIS
JENAYAH QISASKesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah:
- Membunuh dengan sengaja (Dengan niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh pada adatnya).
- Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya.
- Melukakan orang lain dengan sengaja.
Mengikut Hukum Islam, qisas hendaklah dilakukan terhadap penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.
DIYAT
Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.
Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).
KADAR DIYAT
Diyat terbahagi kepada 2 jenis:
- Diyat Mughallazah ( ganti kerugian yang berat )
- Diyat Mukhaffafah ( ganti kerugian yang ringan )
- 30 ekor unta berumur 4 tahun
- 30 ekor unta berumur 3 tahun
- 40 ekor unta yang sedang bunting
- 33 ekor unta berumur 4 tahun
- 33 ekor unta berumur 3 tahun
- 34 ekor unta yang sedang bunting.
- 20 ekor unta umur 4 tahun
- 20 ekor unta umur 3 tahun
- 20 ekor unta betina umur 2 tahun
- 20 ekor unta jantan umur 2 tahun
- 20 ekor unta betina umur 1 tahun
a.
Wang
Emas - 1,000 dinar
b.
Wang
Perak - 10,000 dirham
c.
Lembu - 200 ekor
d.
Kambing - 2,000
ekor
e.
Persalinan - 200
persalinan lengkap.
Kadar
seekor unta misalnya RM4,000 maka jumlah satu diyat penuh ialah RM 400,000.
Manakala jika seekor lembu RM2,000 maka satu diyat penuh ialah RM400,000.
Begitulah nilai semasa satu diyat penuh.Bagi pesalah perempuan diyat mereka adalah separuh dari diat lelaki dan diat hamba adalah separuh dari diyat orang merdeka.
Diyat Mughallazah di kenakan kepada orang yang membunuh secara sengaja (niat membunuh dan dengan senjata yang boleh membunuh ) dengan syarat dimaafkan dan dipersetujui oleh waris orang yang dibunuh. Diyat tersebut hendaklah dibayar secara tunai tanpa bertangguh atau beransur.
Diyat Mukhaffafah pula ialah bagi pembunuhan tidak sengaja ( seperti tertembak rakan yang disangkanya binatang buruan ) atau pembunuhan yang seperti sengaja ( tidak niat membunuh dan dengan benda yang lazimnya tidak boleh membunuh ). Boleh dibayar secara beransur-ansur selama 3 tahun.
DIYAT MENGHILANG ATAU MENCEDERAKAN ANGGOTA
Menghilangkan atau mencederakan anggota tubuh badan dengan sengaja seperti mata, hidung, telinga dan lain-lain dikenakan qisas sebagaimana kehilangan dan kadar kecederaan anggota. Tetapi jika orang yang terkena dengan jenayah tersebut memilih untuk mengganti dengan diyat maka kadarnya adalah seperti berikut:
- 100 ekor unta untuk anggota tunggal sepert terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
- 50 ekor unta untuk anggota berpasangan seperti dua mata dan lain-lain. Jika kedua-duanya maka diyatnya 100 ekor unta.
- 33 ekor unta untuk luka yang sampai ke dalam bahagian otak.
- 33 ekor unta untuk luka yang sampai keselaput kepala.
- 25 ekor unta untuk anggota yang berpasang yang mempunyai kelopak seperti 4 kelopak mata.
- 15 ekor unta untuk luka yang sampai ketulang dan mematahkannya sehingga tergeser dari tempatnya.
- 10 ekor unta bagi luka yang memecah atau mematah tulang.
- 10 ekor unta untuk anggota yang mempunyai 10 sendi atau bahagian seperti jari tangan dan kaki.
- 5 ekor unta untuk luka yang menampakkan tulang
Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.
Firman Allah S.W.T:
"Dan sesiapa
yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim"(Surah al-Baqarah:229)
JENIS-JENIS JENAYAH HUDUD DAN HUKUMANNYAKesalahan-kesalahan yang termasuk dalam hukuman hudud ialah sebagaimana berikut:
a. Zina
Persetubuhan
haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan perempuan. Hukumannya ialah direjam
sampai mati jika telah berkahwin dan sebat 100 kali jika pesalah belum pernah
berkahwin.
b. Qazaf ( Menuduh berzina )
Melemparkan
tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik. Hukumannya ialah 80 kali
sebatan.
c. Minum Arak
Minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal. Hukumannya ialah 40 kali sebatan.
d. Mencuri
Mengambil harta orang lain secara senyap atau bersembunyi. Hukumannya
adalah potong tangan.
e. Merompak
Mengambil hatra orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan
dan ancaman. Hukumannya ialah:
- Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.
- Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
- Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir seperti dipenjara dan lain-lain lagi.
f. Murtad
Keluar
dari agama Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan. Hukumannya ialah bunuh
( setelah diberi tempoh untuk bertaubat )
PENGERTIAN TA'ZIRTa'zir dari segi bahasa bererti menolak atau menghalang. Dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam al-quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaaannya tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
KESALAHAN YANG TERMASUK DI BAWAH KATEGORI TA'ZIR.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta'zir ialah sebagaimana berikut:
- Kesalahan-kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas.
- Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab, lesbian dan sebagainya.
- Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat,berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.
Hukuman ta'zir diserahkan kepada budi bicara hakim supaya hukuman tersebut memberi pengajaran supaya penjenayah serik untuk melakukan semula. Antara hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah adalah sebagaimana berikut:
a. Nasihat
Menasihati orang yang
melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada
masa akan datang.
b. Teguran
Teguran rasmi yang
dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu
tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha memperbaiki
dirinya.
c. Ancaman
Mengancam orang yang bersalah
agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.
d. Pemulauan
Hukuman pemulauan
dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersepit sekiranya ia berterusan atau
mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain
dalam masyarakat.
e. Pengisytiharan Umum
Membuat pengistiharan
kepada umum terhadap kesalahan penjenayah supaya penjenayah berasa malu dan
tertekan.
f. Denda dan merampas harta
Mengenakan denda dalam
bentuk wang dan sebagainya atau merampas harta bendanya.
g. Penjara
Mengenakan hukuman
penjara dalam tempoh tertentu mengikut realiti semasa.
h. Sebat
Mengenakan hukuman sebat
kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu.
i. Buang daerah
Mengenakan hukuman buang
daerah supaya pesalah rasa tertekan, mengalami kesukaran, kesusahan dan
terpisah dari kaum keluarga
j. Bunuh
Dibenarkan
oleh syara' bagi menjaga kemaslahatan awam jika difikirkan sesuai
HIKMAH PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH ISLAM- Melindungi masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum berlaku
- Memperbaiki penjenayah dan memperbetulkan penyelewengan.
- Membersihkan dosa penjenayah, mendidiknya dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
Hj. Khairuddin bin Haiyon
PP Bahagian Dakwah (Unit Penerangan dan Penerbitan)
Sumber: http://www.jais.gov.my/
Saturday, November 3, 2012
KISAH IMAM SYAFIE MENUNTUT ILMU
Imam
Syafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai
ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz
al-Quran seawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian, beliau menghafal
kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang
sangat mencintai ilmu. Lantaran itu, pada satu hari beliau meminta
izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu di Madinah. Ia merupakan
kali pertama Imam Syafie keluar daripada tempat kelahirannya Makkah dan
mengembara untuk meluaskan ilmu.
Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan
menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau
terpandang satu majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat
hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan
begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang
itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang
hadis-hadis Rasulullah SAW.
Dengan langkah yang tertib, Imam
Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid
beliau. Imam Syafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya
dengan air liur. Kerana kehidupannya yang serba miskin, beliau telah
menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik di atas tapak tangannya.
Tanpa disedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.
Selesai pengajian, Imam Malik memanggil Imam Syafie untuk menegur
beliau. Sangkanya Imam Syafie berbuat perkara kurang sopan ketika
belajar. Imam Malik bertanya, "Apakah kamu berasal dari Makkah?" Jawab
Imam Syafie, "Benar". Imam Malik bertanya lagi, "Mengapakah engkau
bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?"
Jawab Imam Syafie, "Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh
kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis
di atas tapak tangan saya menggunakan lidi dan air liur untuk
menghafalnya".
Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam
Syafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus
berkata, "Tetapi kenapa tapak tangan engkau kosong sahaja?"
Kata Imam Syafie, "Benar tuan. Namun demikian, saya telahpun menghafal kesemua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu".
Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik
mendapati tidak ada satu pun hadis yang tertinggal daripada 20 hadis
yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi
sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya.
Semenjak peristiwa itu, Imam Syafie dijemput untuk tinggal di rumah
Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik.
Selama 18 bulan lamanya Imam Syafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya
yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta'.
Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi
penghormatan untuk mengajarkan ilmu kepada murid-murid yang lain.
Dengan langkah yang tertib, Imam Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Syafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Kerana kehidupannya yang serba miskin, beliau telah menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik di atas tapak tangannya. Tanpa disedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.
Selesai pengajian, Imam Malik memanggil Imam Syafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Syafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya, "Apakah kamu berasal dari Makkah?" Jawab Imam Syafie, "Benar". Imam Malik bertanya lagi, "Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?" Jawab Imam Syafie, "Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya menggunakan lidi dan air liur untuk menghafalnya".
Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Syafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, "Tetapi kenapa tapak tangan engkau kosong sahaja?"
Kata Imam Syafie, "Benar tuan. Namun demikian, saya telahpun menghafal kesemua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu".
Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu pun hadis yang tertinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya.
Semenjak peristiwa itu, Imam Syafie dijemput untuk tinggal di rumah Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik. Selama 18 bulan lamanya Imam Syafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta'. Sehingga akhirnya, murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan untuk mengajarkan ilmu kepada murid-murid yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)

