 |
| Gambar Hiasan |
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari
Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku
mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa
gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu
yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan
factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan
menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah
sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan
ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan
ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan
tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan
akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan
pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku
ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang
secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit
Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar.
Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari
Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada
digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki
Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi
penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan
kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya
mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai
pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu
mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh
lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu
selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak
berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun
wafat 14 abad yang lalu.
Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh
saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci
ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:
1.
Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah
dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka
bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam
ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi
yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.
2.
Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku
disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan
mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.
3. Didalam buku
hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT
dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan
kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT =
Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab,
tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH
(bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau
tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
1.
Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki
Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang
amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak
dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun.
Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan
dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.
2. Dinukilkan
juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah
tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana
Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat
dihormati oleh masyarakat ketika itu.
3. Dalam buku tersebut
juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat
didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w
dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar
nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.
4.
Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat
Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit
hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi
Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke
masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan
menunggang seekor Burak dalam satu malam.
5. Dinukilkan juga
dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang
luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi
bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud
dan yang lain lain.
6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa
Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali
bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal
(kelendar Islam).
7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki
Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main
pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang
terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut
ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan
kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang
dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa
penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam
alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai
Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh
penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah
hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi
Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan
Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan
kebenarannya.
http://www.al-inaam.com/library/islam.htm
http://fakhta-marzuki.blogspot.com/