.

.

Tuesday, June 7, 2016

IMAM SHAMIL: SEJARAH PEMIMPIN ISLAM DI ASIA TIMUR


Chechen dan Dagestan merupakan kawasan bergolak sejak 
sekian lama dahulu. Pertumpahan darah sering sahaja berlaku 
di bumi bertuah ini sejak tentera Rusia menceroboh masuk 
sekitar abad ke 18 lagi. Namun, Chechnya dan Dagestan 
tidak pernah sunyi daripada pejuang-pejuang kebenaran 
yang terdiri dari anak watannya.

Perjuangan dan jihad untuk membebaskan Chechnya dan 
Dagestan dari cengkaman puak kuffar Rusia yang dipimpin 
tentera –tentera Tsar telah dimulakan oleh Imam Ghazi 
Muhammad Ismail al Gimruni dan diikuti Imam Hamzah 
Bek ibnu Ali Iskandar Bek al Hutsali. Kemudian ianya 
diteruskan oleh Imam Shamil, pemimpin agung yang 
berasal dari daerah Caucasus.

Kehidupan Awal

Imam Shamil dilahirkan pada tahun 1212H / 1796/97 M di
Caucasus, sebuah daerah di Chechnya yang bersempadanan 
dengan Turki. Bapanya bernama Dengaw Muhammad, 
seorang zahid manakala ibunya adalah kerabat kepada 
keluarga bangsawan Ghazi Ghumuq yang berasal dari 
Ashilta.
Sewaktu bayinya beliau diberi nama Ali, tetapi kerana keadaan 
kesihatannya yang kritikal, nama tersebut ditukar kepada 
Shamuyil ( disebut Shamil mengikut dialek Caucusas ). 
Setelah pulih dari penyakitnya , Imam Shamil membesar 
dengan perawakan yang mengkagumkan.
Ketinggiannya adalah luar biasa sehingga mencapai enam 
kaki lebih ( sekitar dua meter tinggi ) dengan tubuh yang 
tegap dan sasa.
Sememangnya Imam Shamil dianugerahkan oleh Allah 
kelebihan semulajadi sebagai seorang pahlawan dan 
pemimpin umat. Keperkasaannya hamper tidak dapat 
ditandingi oleh pemuda-pemuda lain zamannya.
Begitu juga dengan kemahirannya menggunakan senapang 
berlaras panjang ( musket ), pedang dan badik serta 
merupakan seorang penunggang kuda yang terhebat 
didaerahnya.
Imam Shamil turut memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang 
baik. Beliau merupakan seorang yang terpelajar, mempunyai
 keazaman yang tinggi , disiplin diri yang ketat, 
ketabahan yang jitu dan mampu mengawal dirinya 
dari bisikan dunia.

Pendidikan

Sejak kecil lagi Imam Shamil telah menjalinkan hubungan 
yang rapat dengan Imam Ghazi Muhammad ( 1790 / 1823 ). 
Melalui rakannya ini, beliau diperkenalkan kepada pengjaran 
agama. Mereka bersama-sama menuntut ilmu agama dari 
Said al Harakani, seorang ulama besar masa itu.
Mereka turut mengikuti ajaran tareqat Naqsyabandiah dari 
Syaikh Sayyid Jamaluddin sebagi murshid dan dibimbing 
serta dibentuk sebagai khalifah atau imam oleh Syaikh 
Muhammad al Yaraghi.
Apabila shabat karibnya, Ghazi Muhammad melibatkan diri 
dalam arena politik dan kemudiannya menjadi pemimpin 
( imam ) pertama Dagestan. Imam Shamil tidak turut serta 
tetapi meneruskan pengajiannya di bawah bimbingan 
Syaikh Jamuluddin. Setelah beberapa lama barulah Imam 
Shamil menceburkan diri ke kancah politik Negara dan 
berkhidmat sebagai panglima perang kepada Imam Ghazi 
Muhammad. Beliau kemudiannya menyertai beberapa 
misi jihad termasuk peperangan Gimrah pada tahun 1832 
yang menyaksikan syahidnya Imam Ghazi Muhammad dan 
para syuhada yang lain.
Pertempuran di Gimrah sungguh memilukan. Moshe 
Gammer di dalam bukunya “ Muslim Resistance to the Tsar “
 menyifatkan hanya dua orang sahaja dari tentera Islam yang 
tidak menemui ajal, yang mana salah seorangnya ialah 
Imam Shamil.
Setelah sembuh dari luka-luka yang amat parah
 ( ramai penduduk sekitar menyangka kecederaannya 
akan membawa maut ) . Imam Shamil terus sahaja 
melapor diri untuk berkhidmat di bawah Hamzah Bek, 
Imam kedua Chechnya dan Dagestan.
Beliau amat dipercayai oleh Imam Hamzah Bek. Imam 
kedua ini telah melantik Imam Shamil sebagai Gabenor 
bagi wilayah Hindal bersama-sama dengan beberapa 
gabenor lainnya yang berkuasa di daerah asal masing-masing 
seperti Said al Ihall, Ghazi Yo al Karati, Qibid Muhammad 
al Tiliqi dan Abdul Rahman al Qarakhi.
Pada 19 September 1843, sampai kepada Imam Shamil 
berita kematian Imam Hamzah Bek yang dibunuh ketika 
memasuki masjid Khunzakh untuk mengimamkan solat 
Jumaat. Motif pembunuhannya dikenal pasti sebagai 
menuntut bela yang
 dilakukan puak Khan Khunzah setelah terpedaya dengan 
propaganda yang dimainkan tentera Rusia.
Imam Shamil kemudiannya memanggil satu perjumpaan 
para ulama dan pembesar –pembesar Negara sekembali 
dari Hutsal ( pusat pemerintahan Imam Hamzah ) untuk 
memilih pemimpin baru. Para ahli majlis syura tersebut 
tidak ragu-ragu lagi telah memilih beliau sebagai Imam Ketiga.
Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak oleh Imam 
Shamil dan beliau sendiri mencadangkan beberapa calon 
yang menurutnya lebih berkelayakan. Tetapi ahli syura , 
terutamanya Sayyid Jamaluddin seorang ulama agung dari
 Dagestan, berkeras untuk tetap melantik Imam Shamil.
Akhirnya, setelah sidang syura hamper berputus asa. 
Imam Shamil menyatakan kesanggupan dengan hati 
yang berat. Para perwakilan merasa amat gembira dengan 
keputusan tersebut lantas dengan segera memberikan bai’ah 
( kesetiaan dan ketaatan ) mereka kepada Imam ketiga yang 
begitu mashyur dalam sejarah sebagai seorang mujahid dan 
mujadid yang soleh dan agung.

Struktur Kenegaraan Imam Shamil

Setelah dilantik menjadi pemimpin utama pada hujung tahun 
1834, Imam Shamil memerintah Chechnya dan Dagestan 
melalui jentera pemerintahan yang cekap berbanding 
sebelumnya. Hieraki pentadbiran diketuai oleh beliau 
sebagai Imam, meliputi urusan duniawi dan keagamaan 
termasuk di bidang perundangan dan kehakiman.
Imam Shamil memakai gelaran Amirul Mukminin. Beliau 
menganggap dirinya bukanlah sebagai pemimpin yang 
mempunyai kuasa yang mutlak tetapi hanya sebagai 
pelaksana syariah Allah dimuka bumi.
Beliau bersungguh-sungguh melaksanakan syariah 
di setiap pelusuk Chechnya dan Dagestan. Segala yang 
dilakukannya tertakluk di bawah dasar keimanan dan 
tanggung jawab. Beliau amat berpegang kuat kepada 
prinsip perundangan dan cara hidup islam di dalam 
pemerintahnnya.
Sebuah badan ditubuhkan untuk membantu beliau 
menjalankan urusan harian dikenali sebagai Diwan. 
Badan ini turut bertindak sebagai penasihat dan pemantau 
kepada keputusan kerajaan. Disetiap daerah pula dilantik 
naib Imam atau gabenor. Pada tahun 1856 terdapat 
seramai 33 naib Imam diseluruh Chechnya dan Dagestan.
Semasa pemerintahan Imam Shamil tentera merupakan 
kakitangan kerajaan yang terpenting. Disebabkan oleh 
perjuangan untuk membebaskan tanah tumpah darah 
mereka dari cangkaman Rusia durjana, hanya sebilangan 
kecil anggota masyarakat yang teridi dari pedagang , 
pengusaha dan ejen-ejen ekonomi lainnya dikecualikan 
dari menyertai tentera.
Imam Shamil berusaha membentuk sebuah pasukan 
yang berdisiplin dan berkualiti. Naib Imam dan para 
komander tentera perlu memastikan bahawa setiap lelaki 
diluar lingkungan usia 15 ke 50 tahun menyertai pasukan 
tentera. Peralatan perang seperti senjata api , peluru , 
kuda malah pakaian dan bekalan makanan juga perlu dipastikan
 mencukupi bagi keperluan anggota tentera.

Urusan kewangan Negara dikendalikan oleh Baitul Mal 
yang memobilasasikan segala sumber Negara. Terdapat 
dua sumber utama kekayaan Negara ketika itu, pertamanya
 zakat dan kharaj, manakala sumber keduanya dari harta 
rampasan perang di mana 1/5 ( khumus ) diperuntukkan 
untuk Negara atau maslahah umum dan bakinya (4/5 ) adalah 
hak tentera yang berjuang.
Selain sumber yang berasaskan hokum syarakdi atas terdapat 
juga hasil lain yang dikutip oleh Baitul Mal . Contohnya , 
harta individu yang telah meninggal dunia tetapi tidak 
meninggalkan seorang waris atau denda yang dibayar 
rakyat dan sumber lainnya atas kapasiti sebagai kerajaan 
yang memerintah.
Imam Shamil amat berhati-hati dalam membelanjakan 
sumber Negara ini. Perbelanjaan bagi setiap sumber dibuat
 dengan penuh teliti agar tidak menyimpang dari 
kehendak syarak. Untuk itu, setiap aliran keluar masuk 
kewangan Negara direkod menggunakan akaun 
yang berasingan.
Sebagai contoh, sumber yang diperolehi dari khumus 
dibelanjakan untuk kepentingan tentera dan peperangan 
menentang Rusia. Sementara sumber zakat untuk 
kepentingan syiar agama, pendidikan dan lainnya 
yang dikendalikan sekumpulan ulama.

Kesan yang amat jelas dalam pemerintahan Imam Shamil 
ialah pelaksanaan hokum dan nilai-nilai Islam yang subur 
di seluruh Caucasus. Beliau menentang adat yang 
bertentangan dengan ajaran agama yang diwarisi 
dari budaya Rusia.

Bagi Imam Shamil segala budaya sesat ini adalah perbuatan 
bid’ah yang wajib dihapuskan. Penjualan minuman keras 
diharamkan , para wanita digalakkan memaikai pakaian 
yang sopan dan wajib menutup aurat, muzik hanya dibenarkan
 pada keadaan tertentu seperti majlis perkahwinan.
Setiap lelaki muslim dimestikan hadir ke masjid pada 
tengah hari jumaat untuk menunaikan solat, puasa 
adalah wajib bagi setiap individu muslim di bulan 
Ramadhan dan pentadbiran kerajaan perlu bersesuaian 
dengan kehendak syarak dan berfungsi 
mengembangkannya kepada masyarakat awam.
Perlaksanaan perundangan Islam di Chechnya dan 
Dagestan di bawah tunjuk ajar Imam yang mulia ini 
benar-benar mengkagumkan. Malahan, pihak Rusia 
sendiri terpesona dengan perubahan moral sebilangan 
besar masyarakat terutamanya bangsa Chechen.

Kegiatan Jihad

Tindakan pertama yang di ambil oleh Imam Shamil setelah di 
Bai’ah ialah untuk membawa pembunuh Imam 
Hamzah Bek , Bulach Khan ke muka pengadilan.
Dalam perjalanan ke Khunzakh, sampai berita yang 
mengatakan bahawa tentera Rusia sedang menyerang 
Gimrah.
Tentera Rusia yang dipimpin oleh Major – General Lanskoi 
telah memusnahkan perkampungan tersebut pada 27 
september. Imam Shamil segera berpatah balik ke Gimrah.
 Beliau dengan segera melancarkan serangan balas dari 
segenap penjuru dalam usaha membebeaskan semula 
Gimrah. Beliau juga menjatuhkan hukuman mati kepada 
seorang penduduk Gimrah yang bertindak sebagai 
pemberi maklumat kepada tentera Rusia.
Kemudian termetrai perjanjian damai buat sementara waktu 
di antara pihak Imam Shamil dan Rusia termasuk para 
pemberontak seperti kumpulan klugenau. Bagaimanapun 
dalam tempoh ini 
Imam Shamil ditentang pula oleh naib-naib Imam di 
zaman Imam Hamzah seperti Haji Tasho dan Qibid 
Muhammad yang tidak mengiktiraf pemerintahannya.
Mereka pula melancarkan pemberontakan tetapi diwaktu 
inilah Imam Shamil memperlihatkan kualiti dirinya sebenar. 
Dalam keadaan yang amat terdesak begitu, Imam Shamil 
Berjaya menukar suasana yang tidak berpihak kepadanya 
menjadi pemangkin kejayaannya.
Pada keseluruhan tahun 1835 tersebut, Imam Shamil muncul 
sebagai idola kepada umat Islam dengan gaya hidupnya yang 
sederhana , warak dan sering tenggeelam di dalam penghayatan 
al -Quran.
Namun, pemberontakan tidak terhenti begitu sahaja tetapi 
Berjaya dipatahkan pada pertengahan tahun 1836, yang mana 
waktu itu Imam Shamil telah dibantu oleh naib-naib yang 
gagah perkasa dan amat setia seperti Surkhay al Kulawi, 
Ali Bek al Khunzakhi dan Akhbirdi Muhammad al khunzakhi.
Pada tahun 1837 berlaku pula pertempuran di antara tentera 
jihad Imam Shamil dengan pihak Rusia yang dipimpin oleh 
Karl Faesy di bawah arahan Rosen di Tiliq. Pada tahun 1839 
mereka bertempur lagi di Akhulgoh. Kali ini tentera Rusia 
dipimpin oleh Grabbe, seorang panglima tentera yang 
sangat keras dan kejam.
Dalam peperangan ini anak Imam Shamil , Jamaluddin telah 
ditawan oleh Rusia agar beliau menyerah diri. Namun 
begitu, mujahid ulung ini sekali-kali tidak akan menyerah diri. 
Beliau meneruskan perjuangannya demi membebaskan 
tanahairnya dari cengkaman kuffar laknatullah.
Pada tahun 1853, Imam Shamil mengutuskan kepada 
khalifah Uthmaniyyah, Abdul Majid ( sebelumnya telah 
hamper 15 tahun Imam Shamil merayu pertolongan dari 
Kerajaan Uthmaniyyah ) kerana mereka berada di dalam 
keadaan yang amat sukar untuk meneruskan perjuangan 
setelah berperang menentang Rusia dengan begitu hebat 
selama tujuh tahun. Walaupun semangat juang para mujahidin 
tidak luntur sedikit pun tetapi mereka dilanda kebuluran dan 
keletihan yang amat sangat. Namun begitu, mereka masih
 nekad. Pada 5 September, Imam Shamil mengetuai 
serangan di Zakartalah.
Kemudian pada 17 September mereka mara ke kubu Rusia 
di Mased al Kher dan melancarkan serangan terhadap 
pasukan yang siap bersedia menghantar bantuan kepada 
pasukan Orbeliani di Zakartalah. Mesej serangan pasukan 
Imam Shamil adalah jelas iaitu untuk mara ke Tiflis dan 
bersatu dengan pasukan tentera Uthmaniah. Malangnya 
moral pasukan Uthmaniyyah telah runtuh setelah ditewaskan 
di Colok, Cengel dan Kurudere. Oleh itu, Imam Shamil telah 
bertindak sendirian. Pasukannya telah menyerang Alazan 
Valley pada penghujung September 1854 dan Berjaya 
menawan permaisuru Tchavtchavadze dan beberapa 
orang kerabatnya di dalam peperangan yang dikenali 
sebagai Crimean War. 
Kemenangan ini telah menaikkan imej Imam Shamil bukan 
sahaja di kalangan tentera Uthmaniyyah tetapi juga di 
mata tentera British dan Perancis. Malah anaknya , 
Jamaluddin, yang ditawan turut dikembalikan tetapi 
hayatnya tidak lama ekoran kesihatan yang buruk akibat
 diracun oleh pihak Rusia sebelum proses pertukaran 
tahanan dilaksanakan.
Nikolai Muravev yang mengantikan Voronstov sebagai 
ketua tentera Rusia amat berang dengan kekalahan 
yang memalukan ini. Dia langsung tidak berminat dengan 
perdamaian yang ditawarkan oleh pihak Uthmaniyyah.
 Di bawah arahan Tsar alexenderII, pihak Rusia telah 
mengumpulkan seramai 200,000 tentera di Caucasus 
untuk menghapuskan Imam Shamil dan pasukan jihadnya . 
Beberapa episode perang pun meletus di antara kedua-dua 
belah pihak. Kemuncak peperangan ini berlangsung di 
pergunungan Ghunib pada tahun 1859. Rusia Berjaya 
mendapat kuasa dalam peperangan ini.Imam Shamil 
akhirnya dipujuk supaya menyerahkan diri demi menyelamatkan
 nyawa kanak-kanak dan para wanita Chechnya. 
Peristiwa malang ini terjadi pada 6 September 1859.
Pada tahun 1864, para pejuang Chechen sekali lagi 
menerima tamparan hebat. Setelah melalui rentetan 
misi jihad yang berliku dan perjuangan berdarah untuk 
membebaskan tanahair mereka . Tsar Rusia Berjaya 
jua memaksakan kekuasaannya kepada mereka. 
Imam Shamil telah ditawan dan dibawa ke St. Petersburg 
dari Ghunib untuk dihadapkan kepada Tsar Alexender II. 
Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah bersama 
keluarganya di Kaluga, terletak dibarat daya Moscow , 
yang diibaratkan sebagai sangkar emas. 
Pada tahun 1866, beliau dibenarkan ke Kiev dan dua tahun 
kemudiannya ke Makkah untuk mengerjakan haji. Imam 
yang mulia ini menghembuskan nafasnya yang terakhir 
pada tahun 1871 dan dikebumikan di Madinah. Semoga 
rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Bagaimanapun, 
perjuangan Imam Shamil tidak mati begitu sahaja. 
Anak-anaknya , Ghazi Muhammad dan Kamil muncul 
sebagai mujahid yang terbilang. Malah cucunya, 
Said Samil meneruskan jihad menentang Rusia di 
Dagestan sekitar tahun 1920-an.
Kita menyakini sejarah perjuangan jihad Imam Shamil dan 
pengikut-pengikutnya yang benar-benar member suntikan 
moral kepada setiap pejuang dan gerakan islam yang 
ditindas, diwarisi terutamanya oleh rakyat Chechnya dan 
Dagestan yang sedang berjihad menentang Rusia 
laknatullah ketika ini, yang secara kebetulannya dipimpin 
oleh seorang yang bernama Shamil juga iaitu 
Panglima Shamil Basayev.

Sumber: http://syeikh-husna.blogspot.my

Tuesday, May 24, 2016

Inilah keadaan Masjid Aya Sophia sebelum diubah menjadi muzium.

AYA Sophia atau Hagia Sophia merupakan salah satu bukti kejayaan Islam di Eropah pada masa lalu. Aya Sophia telah berusia lebih dari 1,400 tahun sejak pertama kali dibina dan digunakan sebagai gereja oleh Empayar Rom Timur selama lebih dari 900 tahun.

Namun, setelah Islam menakluki Konstantinopel (Instanbul) melalui tangan mulia Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453, gereja Hagia Sophia diubah menjadi sebuah masjid.

Gereja itu pertama kali ditemui dalam keadaan rosak. Kemudia atas perintah Muhammad Al-Fatih gereja tersebut diubahsuai dan diubah menjadi masjid pada tahun 1453.



Setelah itu, azan dan solat selalu dilakukan di masjid Aya Sophia selama kurang lebih 478 tahun. Namun, setelah Istanbul diubah menjadi Republik oleh Mustafa Kemal At Tartuk, Masjid Aya Sophia diubah menjadi sebuah muzium pada tahun 1931.


Dipetik Ilmfeed, berikut gambar yang jarang berlaku yang menjelaskan keadaan sepintas lalu bagaimana keadaan Aya Sophia kini masih digunakan sebagai masjid sekitar tahun 1865.

Sedangkan gambar ini menjelaskan keadaan Aya Sophia ketika menjadi muzium.


Kredit

Islam pos

Harakah daily

Tuesday, May 17, 2016

PERANG AKHIR ZAMAN AKAN BERMULA DI ALEPPO, SYRIA




Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)



Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.

Pakatan Salib Yang Dinaungi Knight Templer
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70.000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh ... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom ) adalah dari keturunan al-ees, putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam). Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera). 

Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.

Pada saat itu, ketika umat Islam akan mempunyai kelimpahan kekayaan, emas dan perak, kaum Muslim akan sangat diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan. Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang mengucapkan, "Wahai Nabi Allah! Apakah kita akan sangat sedikit jumlahnya?" Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana mata boleh mencapai Tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn' ..!" Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Anda akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan perang dengan yang lain. Anda akan mendapatkan kemenangan. Pada masa itu, anda akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah Mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan .. " Ini akan memulakan perang. Muslim sepertiga akan melarikan diri. Pertaubatan mereka tidak akan diterima. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Sisanya satu pertiga akan mendapatkan kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah)