.

.

Tuesday, April 9, 2013

Video Pembunuhan Syeikh Muhammad Ramadhan Al Buthi

Video yang mengandungi adegan pembunuhan Syaikh Muhammad Ramadhan Al Buthi di Masjid Al Iman Damsyik dimuat naik oleh akaun Jabhat Al Nusrah, pada 8 April 2013, di Youtube.

Dalam video tersebut, Syaikh Al Buthi nampak sedang duduk di belakang meja, memberikan kajian tafsir Al Quran rutinnya. Kemudian sebuah bom meletup, namun ledakannya tidak membuat Syaikh Al Buthi meninggal.

Kemudian seorang lelaki memakai jas hitam datang ke depan meja Syaikh Al Buthi dan menembak senjata apinya dalam jarak dekat. Setelah menembak Syaikh Al Buthi, ia pergi. Sementara Syaikh Al Buthi nampak tak sedarkan diri dengan bersimbah darah. Diduga, pelaku penembakan tersebut adalah ahli Shabiha, kumpulan pelindung Basyar Al Assad.

Segera Download sebelum di hapus oleh pihak yang berkepentingan ...
 

Sunday, April 7, 2013

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui

BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.
Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun.
Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.
Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.- ap

Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.

Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.
Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.
- AP

Thursday, April 4, 2013

Semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak para pendukung perjuangan Islam supaya berjuang bagi memenangkan Islam.
Ini semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup ekoran Parlimen telah dibubarkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.
“Marilah kita melakukan ‘Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya’ untuk memenangkan Islam di persada kuasa dengan mewakafkan semaksimum masa, tenaga dan harta yang ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau meminta para penyokong PAS bermula pada saat ini supaya melakukan beberapa perkara dalam menghadapi PRU13 nanti:

Beliau menasihatkan mereka agar jangan meninggalkan solat malam walaupun 2 rakaat, begitu juga dengan solat dhuha walaupun 2 rakaat serta melazimi solat berjamaah.
Di samping itu, beliau turut mengingatkan mereka supaya membaca al-Quran minimum 1 muka sehari, memperbanyakkan bersedekah dengan minima RM10 setiap hari.
Selain itu, katanya pendudung perjuangan Islam agar berdoa untuk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.
Harakahdaily.net