.

.

Sunday, April 7, 2013

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui

BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.
Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun.
Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.
Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.- ap

Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.

Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.
Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.
- AP

Thursday, April 4, 2013

Semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak para pendukung perjuangan Islam supaya berjuang bagi memenangkan Islam.
Ini semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup ekoran Parlimen telah dibubarkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.
“Marilah kita melakukan ‘Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya’ untuk memenangkan Islam di persada kuasa dengan mewakafkan semaksimum masa, tenaga dan harta yang ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau meminta para penyokong PAS bermula pada saat ini supaya melakukan beberapa perkara dalam menghadapi PRU13 nanti:

Beliau menasihatkan mereka agar jangan meninggalkan solat malam walaupun 2 rakaat, begitu juga dengan solat dhuha walaupun 2 rakaat serta melazimi solat berjamaah.
Di samping itu, beliau turut mengingatkan mereka supaya membaca al-Quran minimum 1 muka sehari, memperbanyakkan bersedekah dengan minima RM10 setiap hari.
Selain itu, katanya pendudung perjuangan Islam agar berdoa untuk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.
Harakahdaily.net


Friday, March 22, 2013

MUJAHIDDIN DI SYRIA BERJAYA KUASAI KOTA-KOTA BERHAMPIRAN ZON GENCATAN SENJATA DENGAN ISRAEL


DAMASKUS – Allahuakbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar.. Mujahidin Syria telah menguasai beberapa kota berhampiran Golan Heights yang diduduki “Israel” dalam waktu 24 jam terakhir, Mujahidin mengatakan pada Kamis (21/3/2013). Hal ini membawa ketegangan di zon militer sensitif.

“Kami telah menyerang posisi pemerintah di mana para tentera telah menembak warga awam dan kami berhasrat untuk mengambil lebih banyak kota,” kata Abu Essam Taseel, dari pejabat media Martyrs of Yarmouk, Pasukan Tentera mujahid yang beroperasi di daerah tersebut.

OBSERVATORIUM SYRIA UNTUK HAK ASASI MANUSIA iaitu sebuah kumpulan yang berpengkalan di London yang memantau konflik di Syria, mengatakan pasukan mujahidin telah mengambil alih beberapa kota di dataran tinggi Golan, yang pernah dikuasai dan kemudian dirampas oleh“Israel” dari Syria dalam perang Timur Tengah tahun 1967.

OBSERVATORIUM SYRIA UNTUK HAK ASASI MANUSIA mengatakan lagi bahwa pada Rabu (20/3) malam,pasukan mujahidin telah merebut Khan Arnabeh, yang terletak di perbatasan “Israel”-Syria dan melintasi jalan utama yang mengarah ke wilayah yang dikuasai “Israel”.

Mujahidin juga mengambil alih Mashati al-Khadar dan Seritan Lahawan, dua perkampungan berhampiran batas gencatan senjata, katanya.

Peperangan berserta pertempuran bersenjata antara Pasukan mujahidin dan pasukan rezim syiah nushairiah dan sekutu-sekutunya telah menimbulkan kerisauan “Israel” bahwa mujahidin mungkin akan berani untuk merebut wilayah yang selama ini dipertahankan oleh Assad dan ayahnya di Golan sejak tahun 1974.

Sumber Pasukan mujahidin mengatakan pasukan boneka Syria melakukan penembakan intensif ke atas desa-desa di wilayah Saham al-Golan pada Khamis 21 march waktu subuh.

Mereka mengatakan bahwa mujahidin di wilayah Quneitra, sebelah Golan, meningkatkan serangan untuk merebut lebih banyak wilayah, namun mereka menambah lagi kenyataan bahawa kota strategik Quneitra — yang sebahagian besar hancur dan ditinggalkan sejak pertempuran “Israel”-Israel pada tahun 1974 — masih di tangan pemerintah diktator Syria

diterjemahkan dan di sunting dari: Arrahmah.News.com


Video salah satu pasukan Mujahidin Syria di bawah: