Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
(
1876 – 1909 )
Malam itu,
Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan
wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i
Mebusan) melangkah masuk ke
istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah
Aram Efendi, wakil rakyat Armenia,
Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta
Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“
Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan
kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan
aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“
Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“
Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“
Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“
Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama
Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin
menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (
1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di
Sancak Palestin
sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid
menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa
tanah itu selama
99 tahun.
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi
bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk.
Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan
Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“
Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang
memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum
malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak
disebut di dalam khutbah.
“
Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya
Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“
Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
“
Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”,
Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada
gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan
anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah
jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah
oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda
bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,
dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke
Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke
Salonika, Greece.
(Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922. Dengan
sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk
telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam
daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.)
Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda
Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi
Khalifah ke 99
umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu
ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan
masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.
“
Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa
begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini
menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis
ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari
Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.
“
Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan
600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan
kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.
“
Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.
Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi
yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan
tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah
kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun
1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke
Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.
Sultan Abdul Hamid dikurung di
Istana Beylerbeyi selama
6 tahun.
“
Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.
Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut.
Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan
beliau.
“
Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.
Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada
10 Februari, 1918.
Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka
sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah
Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10
tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan
penyesalan itu.
*Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid
——————————————————————————————————-
Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan
Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :
Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.
Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang
kurun ke 19 berlaku proses
perindustrian dan elektronik
di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan
pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan
teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur
bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain
instrument kewangan.
Bermula dari
projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di
Turki sebagai pusat pemerintahan dan
Mesir
sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam
mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal
perniagaan tidak diperlukan lagi.
Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan
sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi
keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam
kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan
penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk
memodenkan Khilafah Othmaniah
, perkara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi
TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.
Sultan Mahmud II membentuk
tentera diraja bermodelkan tentera British.
Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi
diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai
dinaikkan.
Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun
1839 oleh
Sultan Abdul Mecit . Sistem
kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis.
Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui
waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi
golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi .
Pendidikan dua aliran diperkenalkan
, tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain
– lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas
nama ‘memodenkan empayar’.
Undang – undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan.
Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran (
administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah
tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah
Rechid,
Ali dan
Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama
Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di
Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.
Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di
Galata.
Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada
tahun 1802. Saudaranya
Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun
1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun
1849.
Pada tahun
1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan
menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker
YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker – banker
ini dijemput untuk mencipta sistem kewangan moden dengan sistem riba
mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang
dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk
membuka bank – bank baru.
Pada tahun
1845 Kerajaan Othmaniah bersama
Mm. Alleon dan
Theodore Baltazzi menubuhkan
Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan.
Perang Krimea
memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar
Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi
pinjaman dengan interest.
Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun
1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah
500,00 pound sterling.
Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada
system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi
Antarabangsa.
Keluarga
Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui
Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan
French Rothchilds Bank di Istanbul.
Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya
La Bank Imperiale Ottomane pada tahun
1863 dengan bantuan Yahudi bernama
Emil dan
Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada
Bank Dunia dan
International Monetary Fund.
Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan
pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi
pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana
dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak
wang baru.
Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana
tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat
dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah
diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap
aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti
masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan
seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.
Mereka menjadi Tuan kepada dunia.
Masters of the Worlds.
Pada tahun
1858 bankers Yahudi telah meletakkan
syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan
Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan
kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi
bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar
Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang.
Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan.
Seterusnya tahun
1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.
Projek keretapi
menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria
dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek
ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank –
bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini
dengan
bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun
1873
, berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon
tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk
konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi
ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka
– angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.
Pada tahun
1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan
muflis
kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil
pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap
rakyat.
Serbia memberotak.
Bosnia diserahkan kepada
Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan
British.
Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.
Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun
1876.
Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum
tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi
dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau
tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya.
Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam
kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.
Pada tahun
1896, perwakilan Zionis telah menemui
beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi
tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh
kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempunyai tanahairnya
sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar
di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul,
kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik.
Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah
nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal
masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan
projeknya.
Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang
ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan
tersebut :
“
Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara
ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan
walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik
saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta
mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan
mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada
sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang
berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka
boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat
kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab
apapun..“
Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun
1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma
Rothschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun
1924.
Sila lihat video di bwh:
Kredit: Minda Ahad