.

.

Thursday, January 8, 2015

Kisah Sahabat Bertemu Raja Rome Dan Melihat Koleksi Gambar 14 Nabi Dan Rasul



 

Hisyam bin al-As r.a. dan seorang lagi Sahabat menetap di istana Hercules selama tiga hari. Pada suatu malam, seorang utusan Hercules memanggil mereka masuk ke kamarnya. Ketika di dalam kamar tersebut, dia mengeluarkan kotak besar yang mempunyai banyak pintu dan berlapis emas. Salah satu kotak itu dibuka kuncinya dan dikeluarkan sekeping gambar berwarna merah berbalut kain sutera hitam. Itu adalah gambar seorang lelaki bertubuh tegap dan besar, memiliki leher yang panjang, tidak berjanggut dan dianggap sebagai sebaik-baik ciptaan Allah.
“Adakah kamu tahu siapa ini?” soal Hercules. “Tidak.”
“Ini ialah gambar Nabi Adam (a.s.) dan orang yang paling banyak rambut.”
Kemudian, dia membuka kotak yang lainnya dan mengeluarkan gambar berbalut kain sutera hitam yang terdapat gambar berwarna putih. Ia adalah gambar seorang lelaki yang berambut kerinting, kedua-dua matanya merah, tegap badannya dan halus janggutnya. Dia bertanya, “Adakah kamu kenal siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah gambar Nabi Nuh (a.s.).”
Seterusnya, dia mengeluarkan lagi gambar yang di dalamnya terdapat wajah lelaki yang sangat putih, kedua-dua matanya indah, lebar dahinya, panjang pipinya, putih janggutnya dan seakan-akan tersenyum. Dia bertanya lagi, “Adakah kamu kenal siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah Nabi Ibrahim (a.s.).”
Seterusnya, dia membuka lagi gambar lain yang berwarna putih. Dia bertanya, “Adakah kamu kenal siapa ini?”
“Ya. Kami kenal. Ini ialah Muhammad Rasulullah SAW.” Dengan tidak semena-mena kedua-dua Sahabat itu mengalirkan air mata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui apakah perasaan kedua-dua orang Sahabat itu.
Hercules berkata, “Adakah kamu yakin ini gambarnya?”
“Ya.”
Di samping gambar tersebut, terdapat gambar seorang lelaki yang sedang berada di belakang Baginda Rasulullah SAW.
“Adakah kamu tahu siapakah yang berada di belakangnya?” soal Hercules.
“Ya, kami kenal. Ini adalah Sahabatnya dan khalifah selepasnya (Sayidina Abu Bakar r.a.).”
Hercules diam seketika sebelum berkata, “Ingat! Sesungguhnya dia berada di akhir kotak tetapi sengaja aku buka lebih awal supaya kamu dapat melihatnya.”
Seterusnya, kain sutera hitam dibuka lagi. Maka, dikeluarkan gambar yang kehitam-hitaman. Dalamnya terdapat wajah lelaki yang berambut kerinting, matanya agak ke dalam, tajam penglihatannya, bermuka masam, gigi tersusun rapi dan bibirnya menjulur keluar seperti orang sedang marah.
“Inilah Nabi Musa (a.s.),” jelas Hercules. Di samping gambar Nabi Musa a.s, terdapat gambar yang mirip-mirip wajahnya tetapi rambutnya berminyak, lebar dahinya dan dikedua-dua matanya ada garis hitam ke hidung. “Ini ialah Nabi Harun (a.s.).”
Kedua-dua orang Sahabat itu ditunjukkan lagi gambar yang lain yang dibaluti sutera putih. Di dalamnya ada gambar seorang lelaki yang kehitam-hitaman, rambutnya tidak berkerinting, bertinggi sederhana dan seperti orang marah. Hercules bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah Nabi Luts (a.s.).”
Kemudian, dia membuka kain sutera putih yang lain yang di dalamnya terdapat lelaki berkulit putih kemerahan, hidungnya mancung, jambangnya nipis dan tampan wajahnya. Dia bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Inilah Nabi Ishak (a.s.).”
Kain sutera putih yang lain pula dibuka. Terpaparlah gambar wajah yang mirip-mirip dengan Nabi Ishaq a.s. Cuma, di bibirnya ada tahi lalat. Dia bertanya soalan yang serupa dan Sahabat pun menjawab dengan jawapan yang sama.
“Ini ialah Nabi Yaakub (a.s.),” jelasnya.
Kemudian, dia membuka kotak yang lain dan mengeluarkan kain sutera hitam. Di dalamnya ada gambar lelaki berkulit putih, berwajah tampan, berhidung mancung, berbadan tegap dan wajahnya bersinar-sinar. Dia bertanya, “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah Nabi Ismail (a.s.), datuk kepada Nabi kamu .”
Seterusnya, dia membuka kotak yang lain dan mengeluarkan kain sutera putih. Di dalamnya terdapat gambar seperti wajah Nabi Adam a.s, wajahnya seperti matahari. Dia bertanya, “Kamu kenalkah siapa ini?”
“Tidak.”
“Ini ialah Nabi Yusuf (a.s.).”
Kain sutera putih yang lain pula dibuka dan di dalamnya terdapat gambar lelaki yang berwajah kemerah-merahan, gempal kedua-dua betisnya, lemah pandangannya, bertubuh sedang-sedang dan membawa pedang.
“Kamu kenalkah siapa ini?”
“Tidak.”
“Inilah Nabi Daus (a.s.).”
Kemudian, dalam gambar yang lain kelihatan lelaki yang besar pinggangnya, panjang kedua-dua kakinya dan menaiki kuda. “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Inilah Nabi Sulaiman (a.s.).”
Seterusnya dia memperlihatkan gambar seorang lelaki yang berjanggut sangat hitam, banyak rambutnya, indah kedua-dua matanya dan tampan wajahnya. “Kenalkah kamu siapa ini?”
“Tidak.”
“Inilah Isa bin Maryam (a.s.).”
“Dari mana tuan mendapat gambar-gambar ini? Kami yakin ini adalah gambar Para Nabi dan kami yakin rupa Nabi SAW seperti itu.” Sahabat bertanya.
Hercules menjelaskan bahawa, sesungguhnya Nabi Adam a.s. meminta kepada Allah SWT diperlihatkan rupa para Nabi dari anak cucunya dan Allah menurunkan gambar-gambar mereka. Nabi Adam a.s. menyimpannya di ufuk Barat sebelum Iskandar Zulkarnain a.s. mengeluarkannya dan diserahkan kepada Nabi Danial a.s. Raja tersebut berkata, “Ingat, demi Allah! Sesungguhnya aku telah keluar daripada kerajaanku dan aku menjadi hamba kerana keburukan kamu dalam memiliki sesuatu sehingga aku mati.”
Setelah pertemuan tersebut, kedua-dua orang Sahabat itu pun pulang. Mereka bertemu dengan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan menceritakan apa yang telah mereka lihat dan apa yang dikatakan oleh sang raja. Lalu, Sayidina Abu Bakar r.a. menangis dan berkata, “Rasulullah SAW telah memberitahu kepada kami bahawa orang Nasrani dan Yahudi telah menemui sifat-sifat Nabi SAW pada diri mereka (tetapi mereka tidak mahu beriman).”
Dipetik daripada buku:
Himpunan Kisah Keajaiban Para Sahabat

Video ceramah berkaitan kisah ini yang disampaikan oleh Ustaz Nazmi Karim


Asal Logo Komando 69



Logo 69 Komando adalah merupakan hasil ciptaan seorang pegawai 69 Komando sendiri iaitu Ishak Yahya. Dua kerambit yang disusun atur membentuk angka 69 dipisahkan oleh hujung lembing dan berlatar belakangkan perisai hitam.
Kerambit melambangkan kepakaran dan kemahiran melakukan operasi sulit terhadap kekuatan musuh.

Lembing melambangkan status kepahlawanan 69 Komando dalam menjaga serta menobatkan perlembagaan yang menjulang kuasa Kesultanan Melayu sebagai pemerintah, pelindung rakyat jelata dan penjaga kedaulatan Negara.

Warna merah melambangkan keberanian setiap pegawai dan anggota, warna hitam melambangkan kerahsiaan terhadap sesuatu operasi yang dijalankan oleh unit dan warna kuning melambangkan kesetiaan terhadap raja dan Negara.

Itulah 69 Komando!

SUMBER : 69 KOMANDO

Monday, December 1, 2014

Kenali 11 Orang Tersohor Di Dunia Memeluk Islam

Tahukan anda siapakah 11 orang yang tersohor di dunia dalam bidang masing-masing yang pada akhirnya telah memeluk Islam? Mereka ini bukan sahaja tersohor, malah antara yang menggemparkan dunia dengan kepakaran dan keistimewaan yang unik dan tersendiri. Walaupun terlalu ramai orang-orang ternama yang telah memeluk Islam, di sini saya hanya paparkan senarai 11 nama orang yang amat terkenal dan berpengaruh yang telah mendapat hidayah dan memilih Islam sebagai jalan kehidupan yang kekal.








Apakah Hidayah?


"... Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya."
 (Surah al-Kahfi 18:17) 





1. Muhammad Ali ( Cassius Marcellus Clay Jr.)
Seorang pesara petinju Amerika yang tersohor yang merupakan juara 3 kali World Heavyweight Champion dan pemenang pingat emas Olympic kategori Light-heavyweight. Ali menukar namanya setelah menjadi ahli kepada Nation of Islam pada tahun 1964 dan akhirnya bertukar menjadi Islam Sunni pada tahun 1975.









2. Yusuf Islam – (Cats Steven)
 Merupakan seorang Penyanyi Pop Britain yang amat popular di zaman 70an. Beliau telah memeluk Islam pada tahun 1979 dan merupakan seorang penyanyi yang bertaraf antarabangsa yang masih lagi meneruskan karier beliau dengan menghasilkan lagu-lagu berbentuk dakwah dan Islamik sehingga kini. Beliau juga pernah melakukan kolaborasi menghasilkan album bersama Kumpulan Raihan.
Antara lagu-lagu yang berbentuk Islamik atau nasyid beliau ialah “Aleef is for Allah”“My Mother”“Where are You Going” and “Allah is the only one God” . Beliau sekarang menetap di London, England. Anda boleh membaca kisah bagaimana beliau memeluk Islamdisini.






3. Dr. Maurice Bucaille

Beliau merupakan seorang sarjana dan ilmuan Perancis yang ternama yang juga berprofesyen sebagai seorang Pakar Bedah. Untuk membolehkan beliau memahami intisari Al-Quran secara terperinci, beliau telah mengabdikan dirinya sepenuhnya mempelajari Bahasa Arab ketika berumur 50 tahun.

Selepas itu, beliau mula mencari bukti-bukti secara ilmiah dan saintifik tentang kebenaran serta kesucian agama Islam. Hasilnya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku bertajuk “Quran, Bible and Science” (Quran, Injil dan Sains) pada tahun 1976 dan ini telah mewujudkan kemarahan yang amat besar di kalangan para akedemik dan cendikiawan Kristian.


Setelah memperdalami ilmu Islam dan Al-Quran, beliau telah mengarang satu lagi buku berjudul “The Origin of Man” (Asal Usul Manusia). Ianya mengandungi penjelasan tentang asal-usul manusia mengikut pengertian dan tafsiran Al-Quran yang membuktikan segala persoalan dan eksperimen yang dibuat secara saintifik oleh para cendikiawan sebelum ini adalah bertepatan dengan apa yang diterangkan di dalam Al-Quran lebih 1500 tahun sebelumnya. Pihak gereja menerima penemuan Dr. Bucaille dan mengiktiraf research yang dilakukan oleh Dr. Bucaille sebagai satu sumbangan yang tidak ternilai kepada ilmu dan pengetahuan manusia (human knowledge) . Dr. Bucaille menjadi tersohor di seluruh dunia secara tiba-tiba sehingga beliau terkenal di Universiti Cambridge dan Oxford di United Kingdom dan di Universiti Yale dan Harvard di USA.

  






4. Muhammad Marmaduke Pickthall
Muhammad Marmaduke William Pickthall (1875-1936) adalah seorang intelektual Muslim Barat, yang terkenal dengan terjemahan Al Qur’an yang puitis dan tepat dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan pemeluk agama Kristian yang kemudian berpindah agama memeluk Islam. Pickthall adalah juga seorang novelis, yang diakui oleh D.H Lawrence, H.G Wells dan E.M Forster, juga seorang jurnalis, ketua sekolah serta pemimpin politik dan agama.

Dididik di Harrow, ia dilahirkan dalam keluarga Inggeris kelas menengah, yang asal usul keluarganya mencapai taraf ksatria terkenal William sang penakluk. Pickthall berkelana ke banyak negara-negara Timur, mendapat reputasi sebagai ahli sarjana tersohor di Timur Tengah. Ia menerbitkan terjemahan Al Qur’an yang berjudul “The meaning of the Glorious Koran”. Semasa berkhidmat di bawah pemerintahan Nizam dari Hyderabad, beliau telah menerbitkan terjemahan Al-Quran ke dalam Bahasa Inggeris yang pertama yang diperakui oleh Universiti Al-Azhar di Mesir dan dirujuk oleh Times Literary Supplement sebagai satu pencapaian penulisan yang besar.




5. Michael Wolfe
Pengarang kepada buku berjudul The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca, dan One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage. Beliau juga merupakan seorang Penerbit Filem. Ibunya merupakan seorang Kristian, manakala bapanya seorang Yahudi. Beliau sangat dikenali setelah menerbitkan dokumentari bertajuk “An American in Mecca”, which aired on ABC's “Nightline” , pada bulan April 18, 1997. Beliau memeluk Islam ketika berumur 40 tahun.





6. Malcolm X
Dikenali sebagai Malcolm X di Amerika Syarikat; merupakan seorang aktivis afro-Amerikan dan Ketua Agama. Nama Islamnya ialah El-Hajj Malik El-Shabazz, pengasas Muslim Mosque, Inc. dan Organization of Afro-American Unity (Organisasi Perpaduan Afro-Amerika) dan juga pada suatu ketika menjadi jurucakap pada kumpulan Nation of Islam.
Pada tahun 1964, setelah melakukan haji di Mekah, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Orthodoks Muslim dan membawa satu idea “brotherhood” yang bertujuan untuk menyatukan orang kulit hitam dan kulit putih di Amerika.

Beliau dibunuh pada Februari 1965. Semasa hayatnya, Malcolm X dikenali sebagai seorang ketua gerakan nasionalisme kulit hitam yang terkemuka di Amerika Syarikat.Anda boleh membaca perincian tentang sejarah hidup Malcom X di sini .




7. Maryam Jameelah
Berketurunan Yahudi Amerika dengan nama Margaret Marcus; beliau meupakan seorang journalis, pengarang dan poet. Juga merupakan pengarang beberapa buah buku. Mula mengenali dan meminati Islam pada tahun 1954, di mana dia kemudiannya amat tertarik dengan terjemahan Al-Quran iaitu The Meaning of the Glorious Koran hasil tulisan Marmaduke William Pickthall dan kerja-kerja penulisan Muhammad Asad yang merupakan seorang Mualaf berketurunan Yahudi. Karya Muhammad Asad seperti “The Road to Mecca”dan “Islam at Crossroads” telah menjadi sumber inspirasi kepada beliau untuk memeluk Islam.


Memeluk Islam pada 24 hb Mei,1961 di New York dan setelah itu mula menulis artikel bercorak islamik di journal Muslim Digest Durban, Afrika Selatan. Beliau banyak terpengaruh dengan hasil tulisan Sayyid Abu A’laa Al Maududi (pengasas Parti Jameah Islamiah di Pakistan) yang merupakan penulis tetap di Muslim Digest berkenaan. Beliau kerap menghubungi Sayyid Abu A’laa Maududi berbincang tentang dunia Islam dan Barat dan akhirnya koreponden beliau dengan Maulana Maududi telah diterbitkan dalam satu volum khas Muslim Digest berjudul “Correspondences between Maulana Mawdoodi and Maryam Jameelah”. Beliau juga telah menulis satu artikel bertajuk "Open Letter To HerParents", bertujuan mengajak ibubapanya mengikuti Islam. Antara karya-karya beliau ialah:


1. ISLAM VERSUS THE WEST

2. ISLAM AND MODERNISM
3. ISLAM IN THEORY AND PRACTICE
4. ISLAM VERSUS AHL AL KITAB PAST AND PRESENT
5. AHMAD KHALIL
6. ISLAM AND ORIENTALISM
7. WESTERN CIVILIZATION CONDEMNED BY ITSELF
8. CORRESPONDENCE BETWEEN MAULANA MAUDOODI AND MARYUM JAMEELAH
9. ISLAM AND WESTERN SOCIETY
10. A MANIFESTO OF THE ISLAMIC MOVEMENT
11. IS WESTERN CIVILIZATION UNIVERSAL
12 WHO IS MAUDOODI ?
13 WHY I EMBRACED ISLAM
14 ISLAM AND THE MUSLIM WOMAN TODAY
15 ISLAM AND SOCIAL HABITS
16 ISLAMIC CULTURE IN THEORY AND PRACTICE
17 THREE GREAT ISLAMIC MOVEMENTS IN THE ARAB WORLD OF THE RECENT PAST
18 SHAIKH HASAN AL BANNA AND IKHWAN AL MUSLIMUN
19 A GREAT ISLAMIC MOVEMENT IN TURKEY
20 TWO MUJAHIDIN OF THE RECENT PAST AND THEIR STRUGGLE FOR FREEDOM AGAINST FOREIGN RULE
21 THE GENERATION GAP ITS CAUSES AND CONSEQUENCES
22 WESTERNIZATION VERSUS MUSLIMS
23 WESTERNIZATION AND HUMAN WELFARE
24 MODERN TECHNOLOGY AND THE DEHUMANIZATION OF MAN
25 ISLAM AND MODERN MAN
Jika anda ingin membaca karya biografi bagaimana beliau memeluk Islam, sila klik pautanini (B. Inggeris)



8. Dr. Gary Miller



G.R. Miller (Abdul-Ahad Omar) adalah seorang pakar matematik dan seorang ahli teologi. Dia aktif dalam kerja-kerja misionari Kristian dalam hidupnya tetapi dia segera mulai menemukan banyak ketidakkonsistensi dalam Bible. Pada 1978, dia secara kebetulan membaca Al-Qur’an dengan mengharapkan bahawa perkara yang sama berlaku seperti dalam Bible iaitu masalah ketidakkonsistensi seperti kandungan campuran kebenaran dan kebohongan. Alangkah terkejutnya beliau setelah mendapati Al-Quran mengandungi isi yang agak sama dengan Bible tetapi isi dan intipati daripada Al-Quran adalah amat konsisten sekali dan mengandungi kebenaran yang amat nyata dan jelas. Sehingga hari ini, setelah beliau memeluk Islam, beliau aktif memberi penjelasan kepada umum tentang kebenaran agama Islam melalui radio dan televisyen. Beliau juga adalah pengarang beberapa artikel dan penerbitan tentang agama Islam.




Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk "The Amazing Quran" (Quran Yang Mengagumkan .
  
Dalam tulisan ini beliau membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik. Antara tulisannya ialah, Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir.

Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu. Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar.




9. Dr. Abu Ameenah Bilal Philips
"After about 6 months of reading and discussion, I had made my decision and embraced Islam in 1972."



"Hanya lebih kurang 6 bulan membaca dan berdiskusi, saya telah membuat keputusan untuk memeluk Islam pada tahun 1972"




Dr. Abu Ameenah Bilal Philips dilahirkan di Jamaica, tetapi membesar di Kanada. Semasa belajar di Simon Frasier University di Vancouver, Kanada, beliau pernah menjadi pemain gitar di kelab malam. Malah ketika beliau melawat Malaysia, beliau pernah terkenal dengan panggilan Jimmy Hendrex of Sabah.
Setelah beliau memeluk Islam pada tahun 1972, beliau telah berusaha mempelajari Bahasa Arab. Hasilnya beliau berjaya mendapat diploma dalam Bahasa Arab dan menamatkan ijazahnya dalam bidang Usuluddin di Universiti Islam Madinah pada tahun 1979. Seterusnya beliau menamatkan Master dalam bidang Teologi Islam di Universiti Riyadh pada tahun 1985 dan menamatkan PHdnya di University of Wales dalam bidang Teologi Islam pada tahun 1994. Beliau pernah mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah swasta di Riyadh selama lebih 10 tahun. Beliau juga mengikuti Kursus Master dalam Pendidikan di bahagian Penelitian Islamiah di Shariff Kabunsuan Islamic University di Cotobato City, Mindanao, Filipina. Semasa di Saudi, beliau pernah juga menerbit rancangan “Why Islam” di Saluran 2 yang lebih menutamakan wawancara mengapa seseorang itu memeluk Islam.






10. Aminah Assilmi
Aminah asSilmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai golongan yang menjijikkan. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kepada mereka agar mereka menganut agama Kristian.


Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam.









  
 




11. Dr. Jerald F. Dirks (Abu Yahya)
Dr. Jerald F. Dirks adalah merupakan bekas seorang Paderi di United Methodist Church. Mempunyai Masters dalam bidang Divinity dariapada Universiti Harvard dan PHd dalam bidang Psikologi dari University Of Denver. Beliau merupakan pengarang kepada buku berjudul “The Cross and the Crescent: An Interfaith Dialogue between Christianity and Islam” (2001), and “Abraham: The Friend of God” (2002) . Beliau telah menulis lebih 60 artikel ilmiah mengenai psikologi klinikal dan lebih 150 artikel mengenai kuda-kuda Arab (Arabian Horses).


Semasa di Harvard University, beliau lebih banyak mengkaji tentang agama Budha dan Hindu tetapi tidak mengenai agama Islam walaupun telah menulis artikel tentang penurunan dan pendedahan Al-Quran.
detik islam & open minda