.

.
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, April 14, 2014

HARTA YANG TIDAK DI ZAKATI



ALHABIB ABDULQADIR BIN AHMAD ASSEGAF, JEDDAH BERTUTUR:
Alkisah ada seorang bernama al-Habib Agil bin Hasan al-Jufri, seorang shalihin dan juga seorang pedagang. Beliau menunaikan hak-hak orang lain sebagaimana mestinya. Suatu kali beliau meminta dari wakilnya yang ada di India untuk dikirimi gula, wakilnya menulis surat: "Gulanya sudah kami kirim melalui sebuah kapal dan akan sampai dalam beberapa hari ini.".

Beberapa hari kemudian terdengar kabar bahwa kapalnya tenggelam beserta barang-barang bawaannya termasuk gula yang sudah beliau pesan bersama surat di dalamnya.

Orang-orang memberi kabar: "Wahai habib gula-gulamu beserta kapal yang membawanya telah tenggelam."

Beliau menjawab: "Kalau gula milik saya pasti tidak bakal tenggelam." Orang-orang mengatakan: 'Apa engkau sudah
tidak waras! Ini kapalnya tenggelam bersama barang-barang muatannya."

Beliau menjawab: 'Apapun yang terjadi, Nabi Muhammad saw sudah berjanji dalam sebuah hadisnya:
“MAA TALIFA MAALUN FII BARRUN WALA BAHRIN ILLA BIHABSIZZAKAATI”

Artinya: TIDAK AKAN RUSAK HARTA DI LAUTAN MAUPUN DI DARATAN, KECUALI KARENA TIDAK DIZAKATI
Memang benar, setelah beberapa hari datanglah surat lain dari wakilnya: "Kami minta maaf karena terlalu cepat mengirim surat kepadamu, sebenarnya gulanya belum kami kirim, karena waktu kami bawa ke kapal, kaptennya mengatakan barangnya sudah penuh jadi nanti beberapa hari lagi akan sampai kepadamu dengan kapal lain”

kemudian habib Agil bin Hasan Al-Jufri berkata kepada orang-orang yang telah mengabari tentang kapal yang karam itu:
“Apa kiranya Nabi Muhammad Saw pernah berbohong kepada seseorang? Tentulah tidak." Inilah kemantapan hati, memang sabda Nabi Muhammad Saw benar dan tanpa ada keraguan sedikitpun.

Wallahu`alam


Sumber: FB Zon Kuliah Agama

Saturday, January 4, 2014

Saintis baru jumpa punca banjir, gempa akibat tangan manusia

"Baru sekarang saintis mengesahkan kebenaran ayat al Quran bahawa malapetaka seperti gempa bumi, banjir dan sebagainya adalah akibat perbuatan tangan manusia sendiri sepertimana yang dikatakan dalam al Quran. Marilah kita kembali ke jalan yang benar dengan banyak bertaubat, memenuhkan masjid dengan solat jemaah dan majlis ilmu.

HASIL kajian global yang dilakukan oleh seorang ahli geofizik dari Britain, Chrsitian Klose yang diterbitkan dalam Journal of Siesmology memberi makna yang jelas bahawa 92 gempa bumi yang kuat adalah disebabkan oleh manusia.

Bukan sahaja gempa bumi yang berlaku akibat kegelojohan manusia, bahkan lain-lain malapetaka alam turut membawa kepada suatu kesimpulan, kebanyakannya berlaku akibat kerakusan manusia.



Rumusan Christian Klose itu menepati apa yang diberikan amaran keras oleh Allah SWT: "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" (ar-Rum:41)

World’s worst earthquakes caused by man
Jonathan Leake, Science Editor Published: 8 December 2013
SCIENTISTS have suggested some of the world’s largest and most deadly recent earthquakes were not “natural” disasters at all — but were instead caused by human activities such as mining, reservoir construction and oil and gas extraction.
They believe the 2008 earthquake in Sichuan, China, which had a magnitude of 7.9 and killed 80,000 people, was triggered by the construction of the Zipingu reservoir.
In Britain the same research suggests the 2007 Folkestone earthquake, which rocked southeast England and measured 4.3, was triggered by the millions of tons of shingle piled up to protect Folkestone harbour.
The findings emerged from a global study of hundreds of earthquakes by Christian Klose, a consultant geophysicist, whose research in the Journal of Seismology identified 92 large earthquakes likely to have been caused by humans.

Wednesday, July 17, 2013

GEMPAR!!! Setiausaha Parlimen Australia Dikecam Pasal Al Quran



SETIAUSAHA PARLIMEN AUSTRALIA, ED HUSIC

Dikecam kerana bersumpah menggunakan Al Quran sewaktu perlantikan beliau.



Menteri Muslim pertama yang menjawat jawatan tinggi di struktur kerajaan Australia, diserang secara rasis di jejaring sosial media hanya disebabkan beliau mengangkat sumpah menggunakan 
Al-Quran dan tidak menggunakan Kitab Injil.

“Saya adalah saya,” kata Ed Husic, yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Kevin Rudd pada hari Isnin.

“Jelas Saya tidak akan bersumpah menggunakan kitab Injil ” Ujarnya.

“Tapi saya juga berfikir bahwa anda pasti akan memiliki, dari waktu ke waktu, di sekeliling anda ada orang-orang yang ekstrim, ada orang-orang ekstrim di dalam agamanya dan ada orang-orang yang ekstrim di luar itu dan mereka akan selalu mencari cara-cara untuk mempengaruhi orang lain. ” katanya.

Husic, yang berasal dari Bosnia, adalah Muslim pertama yang diangkat sebagai Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri Australia. Beberapa jam setelah ia mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Quentin Bryce, di halaman Facebooknya, beliau telah menerima ratusan komen-komen dari mereka yang marah dan tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menggunakan Al-Quran, dan bukan Kitab Injil seperti kebiasaanya yang digunakan untuk mengangkat sumpah.

“Anda telah melakar sejarah terburuk, bersumpah menggunakan Al-Quran!! Ini adalah Australia dengan Hukum Australia,” kata seorang komentar yang menggunakan nama FB Dinki Di Sheila.

“Bersumpah untuk melayani Australia dengan menggunakan ‘buku teroris’, buku yang sama yang digunakan oleh Al-Qaeda.... Menjijikkan,” antara komen yang lainnya.

“Memalukan, Memalukan, Memalukan,” tulis Ross.

“Saya sangat kecewa dengan kerajaan sperti mereka tidak memiliki tulang belakang untuk berdiri dengan cara hidup Australia.”

“Anda harus merasa malu sebagai bangsa yang besar. Politik Australia telah mengikuti anjing, dan melakukan tindakan khianat dengan bersumpah dengan Al-Quran, Anda adalah anjing kampung terbesar di halaman rumah!, ” kata Pengguna lain, Steve Kerr

Husic, berusia 43 tahun, melakar sejarah pada tahun 2010 ketika beliau telah terpilih sebagai anggota parlimen bagi Sydney barat. Beliau mengangkat sumpah dengan tangan kanannya memegang kitab Alquran.


P/S: Ed Husic, kami muslim sentiasa menyokong tindakan kamu yang jelas memuliakan hak sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa. Jangan dihiraukan suara-suara sumbang mereka yang anti dengan Islam. Seandainya mereka tahu ajaran Islam yang sebenarnya, pastinya mereka menyesali apa yang mereka perkatakan.

Wallahua'lam

Kredit : Page 1 Juta Like Rakyat Malaysia Menolak Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W

Subhanallah! Apabila Pemotong Kayu Diberi Hidayah Allah

Hidayah itu milik Allah, dan Allah boleh memberi hidayah kepada yang dikehendakiNya. Untuk artikel kali ini, kami berbesar hati untuk berkongsi satu kisah tentang seorang lelaki yang dahulunya bernama Joseph yang telah memeluk agama Islam. Kerjanya bukan di bandar, tetapi di dalam hutan mencari kayu dijadikan bahan binaan. Bukan sekadar itu sahaja, dirinya juga terpaksa meredah hutan belantara bagi mendapatkan kayu yang sesuai. Bagaimana lelaki ini masuk Islam, ikuti kisah benar di bawah ini.
Pembinaan masjid di Kampung Padang akan bermula. Keputusan telah dibuat, kami akan membina masjid bermodalkan  tulang empat kerat, secara bergotong royong. Material utamanya adalah kayu yang akan ditebang dan dibelah sendiri dari hutan-hutan sekitar Sepulut.

Tenaga kerja untuk proses menyediakan kayu mula dibentuk, terbahagi kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan tiga atau empat orang pemotong kayu. Jelas, kami kekurangan tenaga. Saudara baru yang Islam yang mampu memotong kayu tidak ramai.
 
kayu
Membelah kayu
Saudara Tasip Mesi mencadangkan Joseph Bin Siuh, seorang Kristian, menyertai pasukannya yang kekurangan tenaga kerja.Joseph memang dikenali penduduk tempatan sebagai memiliki kepakaran menebang dan membelah kayu. Beliau mampu memelah kayu mengguna mesin gergaji (chainsaw) menggunakan sebelah tangan sahaja. Hasilnya amat baik, lurus, sepertimana kayu yang dibelah di kilang.
Pada mulanya, saya berbelah bagi untuk membenarkan seorang yang belum Islam untuk turut serta dalam proses pembinaan masjid, kerana syarat yang saya tetapkan sebelum ini, semua yang terlibat dalam pembinaan ini mestilah Islam. Selain itu mestilah solat setiap waktu walaupun ketika berada di dalam hutan.
Setelah solat istikharah, saya benarkan permintaan Saudara Tasip membawa Joseph menyertai pasukannya. Walaupun Joseph belum Islam, saya nampak potensinya untuk memeluk Islam, maka saya izinkan beliau di dalam pasukan itu, sedang ketika itu saya belum mengenalinya secara dekat.
Hampir sebulan mereka berulang alik ke hutan berhampiran Kampung Nantayap, Sepulut, yang  dimiliki Encik Daimit. Beliau membenarkan kami mengambil kayu-kayu di sana untuk membina masjid secara percuma.
Sepanjang di hutan, kadangkala mereka terpaksa bermalam di sana. Sebagaimana pesanan saya, setiap waktu saudara-saudara kita yang gigih itu melaksanakan kewajipan solat lima waktu. Mereka akan azan, diikuti solat berjemaah, walaupun kebanyakannya belum pandai solat.
Melihat kesungguhan saudara Islam bersusah payah solat di hutan, Joseph mula berminat dengan Islam. Dia mula merasai kebenaran Islam, namun dipendam sahaja di dalam hatinya.
Awal Disember 2011, timbunan kayu-kayu yang telah siap dibentuk mengikut saiz telah terkumpul banyak, sementara Joseph dan pasukannya terus menggesek (membelah) kayu yang lain. Kayu-kayu yang telah siap perlu diangkut segera keluar hutan. Agak jauh, kira-kira 2 kilometer melalui celah pokok besar dengan jalan berbukit bukau.
4 Disember 2012, penduduk Islam Sepulut bergotong royong mengangkut kayu dibawa keluar dari dalam hutan. Seperti biasa, kami akan solat di hutan. Ketika saya dan saudara Islam bersolat Dhuha, beralas daun kayu, beliau duduk berhampiran, memerhati. Hatinya semakin terasa keindahan Islam.
Selama ini, beliau belum pernah melihat umat Islam yang bersungguh-sungguh mengamal agamanya. Beliau pernah mengejek umat Islam kerana tidak mempunyai masjid, sedang orang Kristian punya banyak gereja. Tapi kali ini lain…dilihatnya ramai yang bersungguh-sungguh solat, juga bersemangat berusaha membina masjid sendiri.
“Inilah kebenaran!” Detik hatinya.
Kayu-kayu yang telah dibawa keluar dari hutan, diangkut mengguna lori ke Kampung Padang, tempat masjid bakal dibina. Sekali lagi penduduk Islam memerah tenaga mengangkut kayu satu demi satu ke tapak pembinaan di seberang melalui jambatan gantung sepanjang 400 meter.
Joseph datang bersama isterinya ke Kampung Padang untuk membantu mengangkut kayu-kayu ke seberang, di tapak masjid. Satu pemandangan yang sangat menarik hatinya, seluruh umat Islam di sana, termasuk nenek dan cucu, membantu mengangkat kayu.Ketika itu keinginannya tidak dapat ditahan lagi. Hiba hatinya melihat suasana itu. Itulah suasana Islam yang indah, bertolong bantu dan bersatu.
kayu2
Penduduk muslim mengangkut kayu melalui jambatan gantung.
Beliau lantas bertemu dengan Saudara Jamuddin Lorrie (Najmuddin) selaku wakil saya di Sepulut bagi menguruskan hal ehwal umat Islam.
“Saya mahu Islam,” Katanya dengan yakin.
Alhamdulillah, pintu hatinya telah terbuka untuk Islam.
Ketika itu kami berada di Pagalungan, kawasan yang lauh di pedalaman, perlu menaiki perahu satu jam, kemudian melalui jalan lori balak satu jam lagi, baru tiba di Kampung Padang.
Satu panggilan telefon dari saudara Jamuddin Lorrie benar-benar menggetarkan jiwa. “Ustaz, pulang segera, si Joseph dan isterinya mahu memeluk Islam.”
Bagi saya, panggilan itu seumpama panggilan kecemasan. Seorang yang telah bersedia memeluk Islam perlu diajar mengikrar dua kalimah syahadah dengan segera. Kami bergegas pulang, sedang Joseph terus menanti hingga malam. Ketika kami tiba, Joseph telah pulang ke rumahnya…tidak sempat bertemu.
Keesokan paginya, Joseph hadir semula ke Kampung Padang, lantas mengucap dua kalimah syahadah di hadapan saya bersama puluhan saudara Islam yang lain, dari Kuala Lumpur, Labuan, Kota Kinabalu dan Kedah.
Joseph mengucap dua Kalimah Syahadah, kini Muhammad Yusuf
 kayu3
Antara kata-kata Joseph sejurus memeluk Islam, “Perasaan saya sangat gembira.Walaupun saya baru masuk Islam tapi saya boleh faham. Keluarga dan anak-anak saya, sudah ada yang memeluk Islam sebelum ini. Sekarang saya sudah memeluk Islam dan akan bersungguh-sungguh untuk belajar tentang Islam, sehingga saya boleh solat sendiri.”
Isteri dan anak-anaknya pula mengucap syahadah beberapa hari kemudian. Allahuakbar! Kini dia Muhammad Yusuf. Alhamdulillah.
Satu hari, ketika bersiap untuk solat Subuh, kira-kira jam 4 pagi, saya melihat beberapa sosok melintasi jambatan gantung menuju ke Masjid As-Syahadah di Kampung Padang. Dalam keadaan yang samar hampir fajar itu, saya bertanya, “ Siapa?”
Satu suara menjawab, “Saya, Muhammad Yusuf!”
Setiap Subuh, Muhammad Yusuflah antara yang terawal datang solat berjemaah, menaiki motosikal bersama isterinya, merempuh kegelapan, melalui jalan-jalan tanah berbukit yang licin, merentas jambatan gantung, menuju masjid yang dipenuhi cahaya iman. Subhanallah!
sumber: Facebook.com/amekaw

Saturday, July 6, 2013

MESIR : Wajah Sebenar Amerika Terdedah





Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.


Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat Amerika di Timur Tengah.


Allah SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal Allah SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. Allah SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.


Israel mewakili Yahudi dan Amerika mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya Allah SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan secular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.


Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?


Itulah Yahudi dan Amerika. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan Amerika. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihanraya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.


Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.


Salam hormat.


Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)



Bertarikh : 27 Syaaban 1434H bersamaan 6 Julai 2013M

Saturday, June 22, 2013

Kisah Nyata : Pengantin Meninggal Ketika Sujud Dalam Sholat




 – Selepas melaksanakan Sholat Maghrib, dia memakai make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis pernikahannya sendiri, kemudian dia mendengar azan ‘Isya dan menyadari bahwa wudhunya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wudu dulu dan sholat ‘Isya “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirusakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu sholat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wudu sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan sholat! Ibu sepatutnya tahu bahwa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar mendurhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak jelek atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas sholat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mulai berwudu, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan sholat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sadar bahwa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Banyak mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mau menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk menit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa jilbab atau dirahmati Allah dengan memakai jilbab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa jilbab?
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
Kredit: Akhwatmuslimah