.

.

Thursday, June 21, 2012

TOKKU PALOH - ULAMAK, PEJUANG DAN PENTADBIR.


Biodata Tokku Paloh

 Nama sebenar: Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
 Asal: Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
 Tahun lahir: 1817
 Tahun wafat: 1917 (usia 100 tahun)
 Sumbangan: Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang.
ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.
Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.
Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan.
Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu.

Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.

Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu.
Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik.
Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.

Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.
Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau
hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.

Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh.
Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.
Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal.

Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.
Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman.

Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.
Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya.
Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini.
Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.
Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari.

Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya. Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana.
Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh.
Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.

Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Sumber: http://reasonofallreason.blogspot.com

Tuesday, June 19, 2012

Siri Kuliah Sejarah - Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)

Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah dan pertahan Palestin.

Assalamualaikum,

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah mesjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi seluruh dunia).

Untuk siri yang pertama ini saya bongkar hubungan perjuangan umat Islam di Tanah Melayu dengan sistem khilafah yang berpusat di Istanbul. Saya jelaskan pada hadirin bahawa kita kena letakkan ulama-ulama pejuang yang selama ini dinobat sebagai pejuang nasionalis melayu kepada para mujahiddin yang gerak kerja dan perjuangannya bersifat global dan 'alami. Ini termasuklah peranan yang dimainkan oleh Dato' Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku Paloh.

Apabila pecah perang dunia pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Peranchis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-sakar India muslim dan melayu dalam pasukan British. Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam.

Peristiwa yang disebut sebagai 'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung.

Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah.

Berikut saya akan kupas apakah kesan kebangkitan di Singapura ini kepada perjuangan ulama pejuang Tuk Janggut di Kelantan insyAllah.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Sumber:http://lambaian-islah.blogspot.com

Saturday, June 16, 2012

Israk Mikraj dari Pandangan Sains



Batu sebenar tempat Rasulullah pijak sebelum menaiki Buraq.

Apabila kita bercakap tentang sesuatu perkara, pasti berkaitan tempat dan masa, maka kita tidak boleh menolak kewujudan Isra’ dam Mikra’\j kerana semuanya memang wujud, tetapi apa yang menakjubkan kita ketinggian ilmu dan kelajuan perjalanan Rasulullah mengatasi pengiraan sains dan akal manusia. sepatutnya  makin maju, semakin laju sesuatu ciptaan itu tetapi pada Isra’ dan Mikraj tidak dapat diukur oleh manusia. Ulamak fizik telah dapat membongkar kehebatan ini. Jika kita perhatikan atomic particles yang panjang dan lebar dapat bergerak laju menghampiri kelajuan cahaya, bertambah usia jisim bion dalam masa amaliah bumi akan dapat menggandakan kelajuan 99% daripada kelajuan cahaya. Kelajuan roket telah menghampiri telah dapat menghampiri kelajuan cahaya dan dapat memendekkan jarak perjalanan 50,000 tahun dalam masa satu hari, jadi tidak hairan jika kita mampu menambah kemampuan kelajuan maka kita juga dapat memendekkan jarak perjalanan. 

Pasti Allah telah memberi kelebihan kepada Rasulullah melebihi zaman kita, iaitu zaman sains dan teknologi. Jika manusia telah dapat bergerak menhampiri kelajuan cahaya, maka tidak hairanlah Malaikat dan Jin ciptaan Allah lebih laju daripada kelajuan cahaya dan tidak dapat diukur oleh kiraan akal manusiaJika sesuatu yang berada diluar pemikiran manusia dan tidak berada dalam hukum  alam bumi, maka benda tersebut lebih laju dari sesuatu dibumi dan masa hadapannya juga lebih jauh dari masa depan bumi dan lebih panjang hayatnya. Sekalipun kelajuan cahaya dan udara adalah kelajuan paling tinggi tetapi ahli sains tidak menolak dimana masih ada kelajuan lain yang lebih laju daripada cahaya dan angin.
KENAPA KITA MEMPELAJARI MUKJIZAT ISRA’ DAN MIKRAJ
Isra’ dan Mikraj adalah satu kesan sejarah yang menjadi cabaran kepada ahli sains untuk merungkai kekuasaan Allah SWT, ianya juga suatu ukuran keimanan seseorang mukmin terhadap kemampuan Allah SWT. Kini manusia dengan kemampuan yang ada mereka cuba mengukur kekuasaan Allah SWT tetapi pada pandangan orang mukmin mereka terhenti di atas nama Mukjizat Allah SWT, Apa yang pasti masa dan kemajuan akan tidak dapat menilai kekuatan Allah SWT. Allah sengaja membatasi kemajuan manusia untuk memperlebihkan kemulian Rasulullah daripada kemulian ahli sains yang tidak berasaskan kepercayaan kepada Allah sehingga mereka terpaksa tunduk kepada Kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa, Allah juga seolah-olah memberi amaran kepada ahli sains bahawa mereka tidak dapat menandingi kemajuan Islam yang mana semua telah terkandung dalam Al-Quran. Allah pernah memperlihatkan Gerhana Matahari  ketika kewafatan Nabi Ibrahim, memberi amaran bahawa Allah mampu menggerak dan mengubah perjalan Alam ini pada bila-bila masa demi kehormatan pada insan yang Allah SWT Kasihi

Isra’ dan Mikraj memperlihatkan kekuatan dan kemampuan kelajuan perjalan yang Allah pamerkan kepada manusia dan memuliakan peribadi Rasulullah sebagai manusia yang paling laju dalam perjalanan semua makhluk ciptaan Allah SWT, Perjalanan Rasulullah lebih laju dari semua ciptaan termoden manusia

PERJALANAN ISRA’ – MERUPAKAN PERJALANAN BUMI KE ALAM KEKUASAAN ALLAH
 Memberi erti kita mesti menyucikan jiwa kita dahulu barulah dapat mengerti perjalanan ini dan mendapat hidayah allah. perkara ini bukanlah perkara mainan yang boleh dikaji dengan campur aduk dosa dan maksiat tetapi perkara ini memerlukan kesucian hati dan jiwa seperti jiwa Rasulullah barulah dapat menilai perjalanan dan penghormatan Allah ini pada Rasulullah sehingga Jibril sendiri tidak diberi kesempatan ini.Hanya insan yang memiliki Penyembahan kepada Allah secara Mutlak barulah meyakini pemberian Allah Yang Maha Kuasa,  Allah memilih Perjalanan MALAM KERANA ALLAH TAHU, SETIAP WAKTU MALAM RASULULLAH SENTIASA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD DAN BERBICARA DENGAN ALLAH.. IAITU WAKTU YANG PALING BERHARGA DAN PALING BERNILAI BAGI RASULULLAH YANG SENTIASA BERURUSAN DENGAN MANUSIA DI SIANG HARI .. KINI WAKTU MALAM RASULULLAH GUNAKAN UNTUK PERTEMUAN DENGAN ALLAH… BETAPA SAYANGNYA ALLAH PADA RASULULLAH
PerjalananRasulullah bukanlah bermatlamatkan Maksiat tetapi perjalanan yang bermula dari dua buah Masjid termulia, iaitu dari Masjid Mekah di kepulauan  arab dan Baitul Miqaddis di tanah suci Palestin  bumi anbiya’ yang mana solat didalamnya mendapat lima ratus ganjaran
Perjalanan Rasulullah adalah dengan  Jasad dan Roh kerana Allah memulakan ayat suci dengan ” Subhana”. yang bererti Maha Suci Allah

Buraq kenderaan Rasulullah tetap terpelihara dari kritikan ahli sains kerana sifatnya yang lebih laju daripada cahaya, sehingga kelajuannya melebihi kelajuan cahaya dan warnanya  putih kerana apabila kelajuan cahaya biasa sahaja pun sudah mengeluarkan cahaya putih maka Buraq pasti lebih bercahaya kerana kelajuannya lebih laju daripada cahaya


Sumber:  http://peribadirasulullah.wordpress.com