.

.

Monday, March 26, 2012

Senjata rahsia orang Melayu kini dilelong di Eropah


Ketika Portugis menawan Melaka, tentera Portugis telah merampas beberapa ribu senjata api (bukan keris) milik tentera Melaka. Dianggarkan sekitar 30,000 senjata api telah dirampas , dimana 8,000 daripadanya adalah senjata berat atau senjata pemusnah (Weapon of Mass Destruction) pada ketika itu. Antara senjata api yang digunakan oleh tentera Melaka pada ketika itu ialah Senapang dan Meriam.
Beberapa laras senapang ini telah di bawa oleh tentera Portugis ke Jepun. Dari senapang milik tentera Melaka inilah, Jepun mula mencipta senapang mereka sendiri selepas meniru teknologi senapang tentera Melaka. Dulu Jepun mengamalkan Dasar Pandang ke Barat iaitu Tanah Melayu.
Di mana beribu-ribu senapang milik tentera Melaka itu pada masa kini? Beberapa senapang milik Panglima Melayu tahun 1800an kini dilelong di Eropah, mencapai harga sekitar RM35,000. Berapakah nilai senapang Melayu tahun 1500an? mungkin ratusan ribu atau jutaan ringgit.
Several thousand artillery pieces, around 30000 out of 8000 of large size were captured by the Portuguese in Malacca. Firearms such as Matchlocks and artillery were both used by the Malays to defend Malacca
before it fell.



http://www.christies.com/LotFinder/lot_details.aspx?intObjectID=5483332

Orang Rembau pakar buat senapang untuk lawan Portugis

Oleh: rozmal

"Semakin hari semakin banyak persoalan timbul akan kaitan serangan Portugis ke atas Melaka untuk merampas senjata rahsia umat Islam ketika itu , iaitu senapang dan meriam. Kaitannya dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau dari istana Pagaruyung ke Rembau, bergabung dengan orang Asli suku Jakun untuk menghalau penceroboh Portugis dari Nusantara. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan perkhabaran bahawa pembesar Melaka telah berundur ke Rembau dan Johor. Anak Bendahara Tun Perak pula iaitu Tun Zainal Abidin pernah menjadi Datuk Lubuk China di Rembau.

Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan perkhabaran bahawa pembesar Melaka telah berundur ke Rembau dan Johor. Anak Bendahara Tun Perak pula iaitu Tun Zainal Abidin pernah menjadi Datuk Lubuk China di Rembau.
Setiap perlantikan Undang dan Yang Dipertuan Besar pada awalnya perlu mendapat restu dari kesultanan Johor. Semakin menarik sejarah ini.
Dikatakan juga orang Minangkabau adalah pakar dalam pembuatan logam terutama besi dan tembaga untuk membuat senjata api seperti senapang dan meriam, lebih lama sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara ini.
Orang Eropahlah yang merampas senjata api ini dan membawa ke Jepun. Senjata api hasil orang Melayu ini, orang Jepun belajar membuat senjata api.
Semua dapatan di atas ini perlu dibuat kajian secara mendalam, saintifik , sokongan dari pembesar, kementerian dan sebagainya. Kalau kita sanggup melabur begitu banyak untuk mengenang kembali Peristiwa Bukit Kepong, kenapa tidak dilakukan pelaburan yang lebih lagi untuk mengkaji sejarah bangsa sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara?
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com
The Minangkabau have a long history of brassworking and forging iron weapons and farm tools. They used cannons and bored matchlocks long before Europeans arrived. http://hotelbenteng.com/index.php?option=com_content&task=view&id=4&Itemid=1
Senjata rahsia orang Melayu kini dilelong di Eropah http://waghih.blogspot.com/2012/03/senjata-rahsia-orang-melayu-kini.html
Jasa kaum Cina pertahan Melaka dari serangan Portugis http://waghih.blogspot.com/2012/03/jasa-kaum-cina-pertahan-melaka-dari.html
Tun Zainal Abidin bin Bendahara Paduka Raja Tun Perak [Dato' Lubok China] http://www.royalark.net/Malaysia/malacca5.htm
"

Wednesday, March 21, 2012

Umat di Syria Menolak Demokrasi Sekular

Oleh: lonewolf

"Umat di Syria Menolak Demokrasi Sekular, Mahukan Khilafah Pelaksana Syariat Islam Secara Keseluruhan. Apakah benar umat di Syria memang mahukan demokrasi? Tapi jawapan sebaliknya yang sangat jelas kita akan dengar langsung dari Allepo (Halab), Syria. "Umat ingin Khilafah sekali lagi!" demikian laungan yang diinginkan oleh umat di Syria pada hari Jumaat, 9 Mac 2012M.

Percaya atau tidak, revolusi di bumi Syam memang mengarah kepada perlaksanaan syariat Islam, bukan demokrasi seperti yang diberitakan media Barat. Ribuan umat Islam di Allepo (Halab) Syria kembali menegaskan apa yang dikehendaki umat di Syria, iaitu Khilafah yang baru.

"Dengarlah wahai dunia apa yang umat inginkan, umat mahukan Khilafah baru," kata Revolusi Pemuda Pembebasan Syria dalam laman webnya (Tahrir.Syria2011).

"Wahai Arab, wahai muslim, takutlah, takutlah kerana umat di Syria. Demi Allah, kekecewaan anda diharamkan, jadi apa yang umat di Syria inginkan," kata pemimpin aksi seruan di hadapan ribuan penduduk dalam aksi Jumaat "Jika mereka meminta pertolongan kepada dalam agama maka kamu wajib memberikan pertolongan ".

Umat pun serentak meneriakkan jawapannya berulang kali dengan jeritan, "Umat ingin Khilafah sekali lagi! Umat ingin Khilafah sekali lagi!".

Aksi seruan ini merupakan aksi seruan lanjutan umat di Syria untuk melawan rejim diktator Assad di saat pasukan Assad membantai kaum Muslim, dari Khalidiyah, Baba Amru Homs, hingga Idlib.

Tentu saja keinginan ini sangat jelas sekali, untuk sekali lagi menegaskan tentang apa yang umat di Syria inginkan. Bukan demokrasi, bukan sekular, melainkan Khilafah yang akan menegakkan syariat Islam secara keseluruhan.

"Wahai Khalid, wahai anak cucu Walid, al-Khilafah yang kita inginkan, dan mengembalikan kemuliaan Islam, jadi apa yang umat di Syria inginkan?," Kata pemimpin aksi seruan disambut gemuruh laungan, "Umat ingin Khilafah baru, Umat ingin Khilafah baru! ".

Demikianlah, umat Islam di bumi Syam tetap berpegang teguh bahkan telah menjadikan persoalan Islam dalam hidup dan matinya, sehingga kemenangan atau syahid yang diraih.

Semoga umat Islam di dunia mendengar apa yang umat di Syria inginkan dan merasa malu atas berdiam dirinya selama ini terhadap perjuangan dan pengorbanan rakyat Syria hingga mereka dibantai rejim Assad.

Beribu-ribu orang telah syahid, sama dengan penghulu syuhada Hamzah. Tak bersenjata, hanya sebatas berkata-kata di depan penguasa yang memaksa, lalu penguasa itu menumpahkan darah. Itulah bumi Syam, sebuah negeri yang dikhabarkan Rasulullah sebagai pusat Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global.

Mereka terus menyeru umat Islam beserta para tentera Islam di seluruh dunia untuk menolong penduduk Syam serta menyelamatkan Syam dari pembunuhan rejim diktator Assad. Insya Allah, Khilafah sebagaimana yang mereka inginkan semakin dekat waktunya.

Ya Allah, ampunilah kami hamba yang lemah ini yang tak mampu berbuat apa-apa untuk menolong saudara hamba di Syria.

Ya Allah, Berikanlah kekuatan, kesabaran, pertolongan dan kemenangan kepada penduduk Syam. Persatukanlah kami segera di bawah Panji Al-Liwa' dan Panji Ar-Rayah, di bawah naungan Khilafah yang sesuai mengikut jalan kenabian, pelindung dan perisai umat. Amin. "



Sumber: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13130